Friday, November 25, 2011

Sepakan Penalti Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 2011





haaaa.
ini lah orang kata pengalaman kehidupan di kampus yang tidak boleh dijual beli.
kemeriahan nye tuuu, wuyyyooohhh.
HAHAHA

meriah gila ok NR cafe malam tu.
sebelum ni xde la sampai cmtu bila Malaysia lawan.
mungkin sbb final and lawan ngn indonesia.
bila dh menang tu, satu UiTM Segamat menjerit!
pecah gegendang telinga.
hoho.

ohh yea.
memang aku paling semangat pun.
bersorak untuk MALAYSIA
<3

Sunday, October 23, 2011

lens DSLR hilang!

tengok video ni sampai habis taw.
pastu baru korang tau cerita yg sebenar.
:|





lihat banyak lagi video saya di sni:

Saturday, October 15, 2011

Pengembaraan Sebelum Sampai Ke Kampung 2011



okayyy.
mesti herankan npe semenjak dua menjak ni asyik duk blog menggunakan videooooooooooo je.
hoho.
saja2 menceburi bidang ni.
cm best.
;)



pasal video ni pulak, ingtkn nk buat video masa bertolak ke kampung, smpai balik.
tp nnti jd panjang sgt. dh x best.
orang pn mls nk tgk.
wee~
enjoy!

Saturday, October 8, 2011

Clearance Bilik Kolej Sorang2



yup.
rakan2 yg lain semua dh balik.
tinggal aku sorang je la kt bilik ni.
mari lihat aksi2 yg agak mengghairahkan?
hohoho.

Haikal's Amazing Bowling Throw!



cuba tengok betul2 bagaimana bola itu berpusing ketika menghentam pin!
:D

Kucing Comel Tidur!




awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww~
:DD

Pengembaraan Sebagai Tukang Ambil Gambar




sebuah dokumentasi oleh saya dan seorang rakan.
mengambil gambar dan bekerja sebagai seorang PHOTOGRAPHER bukan satu kerja mudah seperti yang disangka kan oleh masyarakat.
:)

Hari Terakhir Perjumpaan Bomba



antara kenangan2 terakhir semester 3 di UiTM Segamat.
:)

Sunday, September 18, 2011

Haikal dan Kopiah



tgh bosan.
so, inilah haikal dan kopiah.
peace.

Luahan Perasaan (lagi)

hye guys!
haaaa~
luahan perasaan?
haha.
kali ni lain skit.
kte buat dalam bentuk video!
weee~
maklumlah.
nak jadi vlogger.
:P













ini lah nyeee.
tgk laa.
kalau vid ni best, SUBSCRIBE!
Share la ngn kawan2 taw.
thank you.
:D

Wednesday, September 14, 2011

Blogger? Vlogger? apa itu?

hye kawan kawan~
(suara sengau)

taaak laahhh. aku x dmm pon.
saje jeee nk bermanja ngn korang.
HAHA.


so untuk entri kali ini, nk share sikit perasan hati ni,
yang sering kali tertanya tanya:
"kepemendejadahnatangnye VLOGGER tuh?"
haaaaa~
aku yakin ramai yg tau.
bese la aku ni an.
hidup dalam gua.
elektrik jp ade jp xde.
bekalan air pn jp ade cm xde.
mengalahkan chips more.
-.-

a'ah! aku tengah cakap pasal uitm segamat!
tp nnti drg nk bukak mall ada wayang kot. mesti gempak.


hehe.
anywayzzzz.
kte teruskan citenye.

aku x paham pun definisi sebenar vlogger tu.
sbb itu cuma perkataan yang sesuka hati orang mne nth yang pegi 'tune' dari blogger, jadi vlogger.
jdnye, dari sini dengan pengetahuan dan kefahaman aku sendiri,
membawa maksud vlogger tu lebih kurang cm diari harian seperti di blog.
cuma bezanya, vlogger buat menggunakan videos~
yeaahhh~

but as for me, aku dh lama sebenarnye buat youtube channel.
semenjak
22 NOVEMBER 2008.
lama kn? :)
lama la jgk. hari ni 14 september 2011.
almost 3 years~

acc tu aku x guna untuk jd vlogger la.
sbb time tu mne aku tau pape lg.
perempuan pn aku x tau 'apemnde' sebenarnye tu.
kira cm budak2 lg la.
(skrg dh tua)

nk tau x video ape?
TEKAN SINI
klu nk tgk la~

okayy.
itu adalah the 1st acc.
2nd acc adalah tempat dimana aku upload video2 yg aku pernah buat dari dulu sampai laaaaa skrg.
dibawah ini merupakan view channel youtube aku yg terbaru:







konklusi, bila aku tgk smakin ramai orang2 kreatif buat video yg best2 tentang kehidupan, muzik dan macam2 lg,
i think i want to be a vlogger too.
nak juga luahkan kreativiti ke dalam bentuk video.
jeles oke!
HAHA.
wish me luck!




























































p/s: kalau korang ada youtube channel, please subscribe tu mine. bila tgh tgk video aku tuu, jgn lupa LIKE dan comment je la pape kt vid tu taw. sbb aku tgh berusaha nak jadi youtube partner.
thank you!
:D

Friday, September 9, 2011

Last Day - Bomba - Dinner

hye guys!
hye semuaaaaa!
:D

som hari ini merupakan hari terakhir bersama lecturer2 yang tertentu.
dan antaranya adalah lecturer ECO - Miss Fariza.
kenapa terakhir?
sebabbababab~
minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah.
minggu depan ada lagi tp hari isnin ngn hari selasa untuk kelas2 yg tertentu jea.
then. dh start study week.
pastu?
FINAL!

gila laaahhh.
sem ni laaa yg aku rasa sgt sekejap dan cepat.
walaupun bila diingatkan balik, mcm2 aku tempuhi untuk sem ni.
tp pressure sem ni, x seteruk sem lepas laa.
:)







ok2.
sambung pasal Miss Fariza.




dia merupakan antara lecturer yg sgt sgt sgt sgt baik.
aku sgt sgt sgt suka cara dia mengajar.
cara dia berkomunikasi, cara dia reach ktrg sgt mengagumkan.
dengan ajaran dia, aku rasa ECO ni sgt senang.
tq miss.
tq for everything.
u have thaught us many many things and almost about everything.
kekemasan diri, ketepatan masa, kelincahan membuat kerja dan lain2.
terima kasih.
:D

not sure why, tp aku rasa sedih sbb dh tak berlajar dengan miss lagi.
semoga kita jumpa lagi bila2.
tlg doakan kejayaan kami~
miss pernah ckp yg miss suka kelas kami!
kami pn suka miss mengajar!
sgt bersyukur ditakdirkan bertemu  dengan miss.
sgt sgt bersykur.
:)





untuk lecturer lain, aku buat kt post lain la k?
haha.







ini pula gambar bersama mereka yg tidak dirancang.
haha.
di depan lab sebelum kelas multimedia.
classmates~
love them.
<3


ohh yea.
dalam kelas multimedia ni, HILANG segala kepeningan aku terhadap Adobe Flash!
puas hati aku.
TQ MR.L!
you are the bomb.
:D










okayyy.
bila dh hari terakhir untuk kuliah, mesti lah juga hari terakhir untuk semester akhir KO BOMBA~
yg ni lg sedih.
aku sgt syg kt rakan2 bomba dan juga pelatih2 serta komander2 yg sentiasa menceriakan petang2 ku ini.
banyak kenangan manis sepanjang aku jadi student bomba untuk 3 semester semenjak aku part 1 lg.
aku x pernah rasa menyesal pilih ko bomba ni sewaktu pendaftaran dulu.
aku sgt sgt sgt suka!

gambar kt atas ni nama dia En. Bakarudin.
die serious best dan kelakar!
seronok dengar die bercerita.
selalu gelak sendiri.
haha.
kadang2 x lawan pn. tp die gelak sorang2.
baik orang nye.
sem lepas bg aku markah penuh untuk test kawad.
woowwaaahhh~
terima kasih En. Bakar.
terima kasih semua!
:DD






dan tadi juga, izzati belanja pizza hut!
tq dear <3
sempena birthday aku hari tuuuuu.
x sempat celebrate sama2 lg.
tq tawwww.
selain dari belanja makanan. dia juga hadiahkan ini:
she gave me a "star".
sgt comel~
mnde ni cm bantal yg lembut tuuuu.
boleh picit2.
tq atie~
i really appreciate it.
aku suka!
:D















OVERALL,
today was one of the best days ever.
tq so much to everyone.
i love each and every one of you who had coloured my life.
thank you.
:)

Sunday, September 4, 2011

4 September 1992 - 2011

pada hari ini, saya sudah berumur 19 tahun~
yeahh!
tua dh.
hahaha.
orang smakin tua smakin x suka, aku smakin suka.
:DD



terima kasih kepada semua yang wish birthday kt facebook.
-.-
bukannya aku x hargai.
cuma, smakin lama sentuhan kasih sayang dalam wish seseorang selamat hari jadi dan apa jualah wish smakin hilang.
kalau dulu, orang bg kad.
then bagi msg.
pastu skrg wish kt facebook jea.
aku rasa lebih seronok bila org bg kad buatan tgn sndri.
seriously.
:)








terima kasih banyak2 kepada:
IZZATI
BAZLEE
FAIZAH

kerana berikan msg birthday kepada saya.
tq so much!
:D




pape pn, terima kasih kepada semuaaaaaaaa~
walaupun tahun ni pnye celebration x semeriah tahun lepas, aku x rasa nk kesah sgt.
asalkan orang ingt aku.
itu yg penting.



so untuk tahun ni, dapat hadiah WALLET dari izzati!
waktu form 5 pn die wallet.
so skrg ni, tuka wallet baru dari dia juga.
hehe.
best!
cantik!













selain itu, dapat sebentuk cincin.
apa tujuannya?
"dia" cakap:
1. kn sunnah pakai cincin untuk lelaki (asalkan bukan silver/emas)
2. untuk mengingati zaman2 muda sebelum umur jadi 20 tahun

terima kasih yea abg ipar.
terima kasih~









overall, im happy!
:D

*tp x happy sgt sbb nk kena pulang semula ke segamat hari ni. wuu~

p/s: post pendek2 jea. nak cepat! life is getting hectic :)

Friday, September 2, 2011

Aku Suka Video ini


video ni sangat sangat kelakar!
hahaha.
aku suka channel ryan higa ni.
kalau korang ada channel youtube, subscribe taw!
die pegang record the 2nd highest most subscribed channel.
hebadd gila kn?
tgk la lg video2 die kt youtube
:D





































yg pasal entry luahan perasaan tu, aku malas nk sambung.
ringkas kn cerita, skrg dia selalu contact ngn llaki tuu.
walaupun mereka berdua sedang berteman dengan kekasih masing2.
pelik kn?
5 tahun berlalu, mereka mula untuk membina persahabatan semula.
dan tidak lebih dari itu.
hanya sebagai kawan.
and they have been best friends ever sinced.
:)


TAMAT

Luahan Isi Hati 1

ini bukan kisah cinta.
ini bukan kisah sedih.
cuma luahan perasaan dari isi hari yang pedih.

beberapa tahun yang lalu,
ada seorang perempuan ini, yang pernah hadir dalam kehidupan ku.
aku kenal dia semasa aku sedang bekerja.
yang kelakarnya, aku lah boss.
waktu itu, aku x perlukan ramai pekerja.
jadi, aku pilih 30 yang terbaik dari 40 lebih yang aku sedang ambil sebagai pekerja.
aku buat ujian demi ujian dan aku buang satu persatu.
dia rasa terpaksa dengan pekerjaan yang aku tawarkan itu.
jadi, dia dengan sengaja melakukan kesilapan agar aku lepaskan dia dari pekerjaannya.
tetapi, aku masih mahu dia berada dalam kumpulan pekerjaan.
aku mengambil keputusan untuk kekalkan dia dan pecat beberapa yang lain.
sehinggalah aku dapat ahli pekerja yang ideal iaitu hanya seramai 30 orang.

seperti biasa, setiap hari aku akan berasa semangat untuk datang bekerja dengan kehadiran dia.
sangat gembira melihat wajahnya dari jauh.
kadang-kadang, aku senyum malu tersipu melihat dia apabila kami bertentangan mata.
wajahnya tidak boleh ku huraikan melalui perkataan.
terlalu cantik di hati ini untuk ku ungkapkan.
dalam masa yang sama, aku tidak terpesong jauh dari objektif kerja.
aku masih tetap dengan pendirian untuk membawa pekerja ku ke arah kejayaan.
bersaing dengan syarikat yang lain.

pada suatu hari, aku ambil keputusan untuk berkenalan dengan dia.
alangkah indahnya dunia ini apbila aku mula berkomunikasi dengan orang yang aku sudah lama simpan perasaan yang semakin lama semkin membuak ini.
semuanya bagaikan ecrita dongeng.
suaranya begitu lembut, wajahnya sangat ayu dan lemah lembut pergerakan tubuhnya.
sampai satu tahap itu, aku berfikir "adakah dia yang akan menjadi teman hidupku?"
kerana bagi ku, dia cukup sempurna.

semakin hari, semakin rapat.
sehinggalah tiba satu masa, aku beranikan diri untuk katakan kepada dia,
"sudikah kamu menjadi pasangan saya?"
dia setuju :)

malangnya, dia bukan seperti yang ku sangkakan.
apabila kami sedang bersama. dia rapatkan dengan lelaki lain.
keluar sahaja aku dari bangunan syarikat, aku melihat dia bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
dia bersama aku, tetapi kenapa dia pula yang sibuk duduk di sebelah lelaki lain walhal ada sahaja permpuan lain yang boleh duduk sebelah lelaki itu?
aku perhatikan dia dari jauh.
semakin lama, semakin retak hati ku ini.
semakin lama, semakin banyak masalah yang timbul kerana dia.
kerana dia dan orang ketiga.

selepas 3 bulan kami bersama, beberapa hari sebelum tarikh lahirnya,
dia minta putus dari aku dengan alasan yang tidak boleh terima akal fikiran.
dia tinggalkan aku begitu sahaja.
tanpa sebrang berita selepas itu.
aku sedih.
setiap malam aku mengalirkan air mata membasahi bantal tidur ku.
dia tidak faham betapa aku sayangkan dia, betapa aku perlukan dia.
aku rasa seperti aku dipergunakan.
tidak dihargai, tidak disayangi.
dia meningglkan parut yang besar dan hodoh di hati ku ini.
tetap, dan tidak mungkin akan hilang kesan yang ditinggalkan oleh perempuan yang tidak mempunyai perasaan itu.

setahun kemudian, aku berikan dia satu khidmat pesanan ringkas, bertanyakan khabar.
di dalam hati ini, masih sayangkan dia walaupun dengan hati yang terluka.
beberapa minit kemudian, aku terima balasan dari dia.
tersenyum aku apabila melihat nama dia di skrin telefon bimbit ku.
selepas membaca isi balasannya, air mata ku mengalir.
dia memarahi aku kerana cuba untuk berkomunikasi semula dengan dia.
aku berasa sangat sedih dan bingung.
kenapa dia bertindak sedimikan?
aku tidak faham. dari situ, baru aku faham.
memang betul dia sebemarnya tidak sayang akan aku.
selama tiga bulan bersama, penuh dengan perasaan terpaksa.
putus harapan aku terhadap dia.
semua bahan berkaitan dengan dia, aku lontarkan sejauh jauhnya dari kehidupan ku ini.
aku tidak mahu rasa perasaan yang sama lagi.


TAMAT
nantikan sambungan kisah ini di entry yang seterusnya.
berdasarkan kisah yang benar.
ayat-ayat dan perkataan yang digunakan lebih kepada bahasa kiasan dan sebahagiannya digantikan dengan perkataan yang lain.
minta maaf sekiranya cerita ini ada mengguriskan perasaan mana-mana pihak.
tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa, cuma ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku.
Assalamu'alaikum.

Selamat Hari Raya!


cara ucapan yang terbaik adalah melalui video berbanding hanya tulisan di skrin komputer.
:))

Sunday, August 28, 2011

Berbuka Dalam GELAP

hye hye hye semua!
:D
rindunyeaaaaaa kt bloggers sekalian~
dh lamanyaaaa x update blog.
banyak sgt mnde nk cite sbnrnye.

browser ada masalah PROXY!
bengong btl.
setiap kali nk bukak blog, x boleh.
sbb guna mozilla firefox.
TETAPI, tak teringat pulak nk guna web browser yg lain.
sengal x?
hahahahaha.
ape la seyyy haikal nih.
mereng dh.
boleh jea guna google chrome ataupun internet explorer.
;D

masalah~
masalah~









ni haaaaa.
nak share ni.
haha.
skrg ni tgh cuti raya.
so, xde kelas selama seminggu. tp, assgnmnts tetap perlu bergerak!
raya tahun ni cm x raya.
x best.
nak kena fokus FINAL lg.
-.-




so sebelum cuti raya ni, ada beberapa perkara yg telah berlaku.
semasa puasa, ketika aku dan lg dua orang rakan nk berbuka di PI.
hari Jumaat x silap.
ke Khamis?
haha. lupa dh.
aku ngn rakan2 dh ambk makanan, dduk di tempat yg disediakan.
kemudian, kami pn menunggu~
tunggu punya tunggu, 5 MINIT sebelum berbuka, tiba2 BLACKOUT!
satu UiTM Segamat tu xde elektrik.
tinggal cahaya dari lampu kecemasan jea.
dh la time tu angin kuat.
nak hujan. ditambah lagi dengan petir dan guruh yg kuat.
aku dh rasa cm - nk kiamat dh ke ni.
serious seram x tipu.
pastu azan pun kena manual. maksudnye x boleh nk guna pembesar suara. ktrg yg ada kt PI (Pusat Islam) msg la student2 yg ada kt kolej untuk inform yg dh boleh berbuka.

akhirnya, kami pun berbuka dalam gelap. yg lain bawak phone, so boleh la suluh2.
aku ni dh la baru balik dari aktviti kokurikulum. mne bawak phone.
yg lain at least nampak apa yg drg makan.
aku men ngggaaappp jea apa yg ada dalm pingaan tu.
kena pulak lauk ikan. memang gigit sikit2 laaa.
xnk tercekik tulang.
kesian btl semua orang yg ada kt uitm time tu.
yg bbuka kt lua lain cite laa.

lpas dh bbuka, solat kt PI dalam gelap.
wuu~
best!
first time solat dalam keadaan cmtu.
hoho. cm menarik pn ada.
;)

bila dh balik ke kolej, punyaaa laaaaaaa seram doeee.
bilik aku kt tingkat 3.
aku dh la xde sebarang cahaya untuk disuluhkan.
dh cm game LEFT4DEAD pn ada.
gelaap sgt. nampak pn samar2 jea.
masih segar lg dalam ingatan aku view nye cmne.
nasib baik la bulan puasa.
semua "makhluk2" Allah kn xdeaaa.
(cuba untuk fikir sepositif yang mungkin time tu)
sampai2 bilik, punya laaa panas.
lepas dh salin baju apa semua, luckly, aku ada kipas kecik yg pakai bettry tu.
haha. hebadddd kn?
beli kt billion. incase blackout. sbb uitm tu banyak kali jgk la sblm ni blackout.
disebabkan oleh situasi mengizinkan, aku pn guna la kipas kecik tu.
ada la jgk udara yg bergerak.
kalau x, aku memang susah nk bernafas.

esoknye tu aku ada test.
test ECO.
so aku ambk keputusan untuk tido.
sebelum tido, aku set up dluuu.
haha. kipas tu, aku gantung kt katil tingkat atas supaya aku x rasa panas.
then on kn torchlight hp nokia yg sgt sgt membantu.
pd mulanya, memang susah sgt nk tertido.
tp akhirnya ttido jugaaa.
kul 2 pagi kot rasanya aku terjaga.
sbb bdak2 menjerit  dh ada balik elektrik.
aku terus ucapkan alhamdulillah dan sambunggg tidoooo~
haha.
pengalaman hidup di dalam kampus!
seronok!
tp x seronok bila SEDANG berhadapan dengan situasi tersebut.
jadi seronok bila dh lepas jea.
;))


untuk cerita lain, aku post kt entry baru la k.
baru banyak sikit post aku bulan ni.
tq for reading it!
:D

Friday, August 12, 2011

4 Years of Happiness

today, ZK is 4 years old!
:D
- ZatiKal -
yeayy!
<3









lamanyaaaaaaa~
x tau nk kate apea.
nk ckp lama, memang terasa pn 'lama' dyea tu.
yup yup yup/
hari ni, lebih tepat lagi pada jam 10.23PM,
aku nk 4 tahun dengan dyea.
:)

lame kn?
tp aku rasa cm baru smalam kenal die.
ceewwaahhh~
hahaha.

from 2007, untill 2011.
12th of August.

what that i can say is,
she is perfect for me.
her smile, her laugh, the way she treats me.
i love her so much.
thank you for everything syg~
:D



































4 years with you has been the wonderful years of my life.
thank you for everything,
Noor Izzati Binti Sabri
<3





p/s: she is cute GILA! :P

Thursday, August 4, 2011

CST PRODUCTION @ UiTM Segamat!

-ini tag exco aku-


yeahhhh!
hahaha.
tau x pmnde itu CST PRODUCTION??
jom tgk hasil2 kerja mereka:















tengok taw video2 kt atas ni!
mereka slalu juga klua dalam tv~





hebadddd kn?
yess!
dan ini pula, video pertama yang aku tgk time mula2 tau CST PRODUCTION ni:

cantik kn video2 yg mereka buat?
aku kdg2 tgk vid drg ni jadi sgt terharu.
respect gila to the team members.
mereka semua videographers yang besa laaa syarikatnya.
banyak artis2 yg menggunakan khidmat mereka untuk wedding.
the founder, dh lama tubuhkan CST ni, tp skrg baru nampak drg smakin maju.
bukannye drg ni SLOW, tp naik secara perlahan2. femes and publisiti bukan pilihan mereka.
mereka lebih suka dikenali secara perlahan2.





1st skali nk luahkan, terima kasih banyak2 kepada CST kerana sanggup turun ke UiTM Segamat untuk memberikan videography talk.
terima kasih juga kepada ketua projek dan EXCO Photography Club UiTM Segamat!
tanpa korang semua, xkn berlangsung pn majlis ni.

2ndly, aku sgt sgt sgt excited dan teruja time drg bg talk.
kalau boleh xnk pejam mata.
hahaha.
lebih2 pulak ann.
tp seriously best.
drg kongsi pelbagai ilmu yg boleh diguna pakai pada masa akan dtg.
the best part is mereka mmperkenalkan SENJATA SENJATA mereka dalam melakukan videography.
terbaik!
gempak seyyy.
1st time tgk ngn mata sndri depan2 live~
slalunye tgk gitu2 je kt FB ataupun vimeo.
mereka siap bagi lagi kami pegang2 brg yg ada.





they are great, creative minded, high class performers but very humble and friendly.
its good to know people like this still exist in this world.
:)





dan buat pengetahuan semua, CST PRODUCTION buat PERTAMA KALI nya memberikan talk di IPT.
UiTM Segamat adalah yang PERTAMA!
:D










nak taip panjang2 pn x guna.
sbb dh memang excited.
HAHAHA.
tp yang paling sedih, gambar2 yang aku tangkap (gambar student ngn CST) semua sharp, ada angle, ok dan x overexpose.
sampai kt gambar aku (mntk tlg org lain ambkkn), ROSAK! blur! pegi fokus background! overexposed!
eeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GERAM!!
*memang aku tgh marah

bukannye senang nk jmpe drg.
aku sgt sgt sgt sedih.
terima kasih la ye kpd yg ambk gmbr aku tu.
ni ha gmbrnye:


-with the founder of CST PRODUCTION-

ni antara gambar yg ROSAK tu.
malas nk tunjuk semua yg ROSAK.
buat sakit mata jea.













konklsi:

saya berasa amat gumbiraaaaaaaaaaaa + sedikit sedih sbb gambar tu.
terima kasih sekali lagi kepada CST PRODUCTION kerana sudi menziarah ke UiTM Segamat untuk memberikan talk dan kongsi ilmu anda semua dengan kami.
insyaAllah kita akan berjumpa lagi pada  masa akan datang.
:D

Thursday, July 28, 2011

Alhamdulillah. AKHIRNYA SIAP!

- Multimedia Project Proposal-

alhamdulillah~
macam2 dugaan aku tempuhi untk siapkan propsal ni.
terima kasih kepada rakan sekerja, akmal dan syafiq kerana turut membantu yea.

nk print mnde ni je smpai 4 kali, baru ok.
klu x, masalah ejaan la, masalah page number la.
haiiisyyyy.
sabo je leee.







table ini lebih dikenali sebagai grantt chart.
secara jujurnya, aku baru tau dan 1st time dengar "grant chart".
yg hanya boleh dilakukan mengguna "Microsoft PROJECT Professional 2010".
ini pon 1st time aku dengar. hahaha.
terbaik lah. best! belajar mnde yg baru.
semuanya terima kasih kepada lecturer ku, MR.L yg hebaddd.
yeaahh~
:D




this is the hardest part if them all!
melukis interface satu satu satu satu satu satu satu satu satu dan satu!
lepas dh lukis banyak2, baru rasa menyesal buat menggunakan tangan.
aku ingt lukis lagi senang berbanding mnggunakan photoshop.
rupanyaaaaa, tidak!
adoyy.
penat~
4 jam baru siap semua 10 helai muka surat.
smpai lecturer pn tegur ehhhhh banyak nyee?
hehe.
pape pn, dh siap~
alhamdulillah~






*x boleh nk taip panjang2. nk kena study ECO. esok ada quiz :)

links BARU!

blog galeri:


blog personal:





haaaa~
ini lah nye perubahan yang telah pn dibuat oleh tuan tanah.
hohoho.
npe tukar?
sebabbbbbbbbbbb . . .
aku punye pasal la.
xD


hehe. xde lah.
sbb kt blog yg aku update cite hari2 pasal diri sndri pegi guna 'kalcubemaster' walhal nama itu yg aku guna untuk edit2 gambar and evrything dan sepatutnya nama 'kalcubemaster' tu yg kena guna kt blog galeri. 
dan juga disebabkan blog ini bagaikan diary ku, aku pn ltak la nama kalcubediary~
padamula ingatkan boleh tukar ke kalcubemaster.blogspot. tp x boleh!
aku rasa sbb dh pnah guna. jdnye x boleh.
so aku ambil inisiatif untuk buat cmni - kalcub3master.blogspot
so bila nk buat bisnes kad yang baru nnti, kena eja KALCUB3MASTER.
cewaahhh. meletop.
:P



xpela kn,
perubahan itu adalah satu keperluan untuk lebih memajukan diri.
:D

Monday, July 25, 2011

A D D I C T E D !



YUP YUP YUP.
sangap dengar lagu ni.
hahaha.
sampai dh bermain dlm minda. tbe2 je ade, tbe2 je ade.
aku suka tgk marc anthony tu menyanyi.
cm energetic gilaaa.
and kt dlm video ni, aku sgt annoyed ngn cara pit bull nyanyi.
kt video die yg lain x nmpk sgt. video clip die yg ni memang nampak gila.
dia memang suka menyanyi (ataupun bercakap?) mulut senget!
mungkin itu 'style' die kot.
bia je laaa~
music ni best!
:D














FYI,
this is my 200th post since i made this blog!
hoorrayyyy!
:))

The first Morning


muka reda jea.
hohoho.
ini lah pagi yg pertama selepas cuti mid sem.
masih sedikit sedih dan agak pening kepala nak arrangekan masa antara study JAVA dan CTU.
dlm masa yg sama, lengkapkan manual CTU.
adoyyyy.
ya Allah~
bantulah hamba mu ini~
sedih.
:(











semoga minggu ini memberikan makna dalam kehidupan ini dan segala yg dipelajari dapat dimanfaatkan InsyaAllah.
:)

Sunday, July 24, 2011

i am back!

hye hye hye guys!
selepas seminggu meninggalkan kampus UiTM Segamat, kini sudah kembali semula dengan . . .
semangat yang baru?
hehehe.
mungkin?
yes!
(tengah hipokrit gila)
skrg ni aku tgh rasa agak sedih. jdnye, semangat nk belajar dengan lebih tekun tu xde lg.
petang skit nnti ade laaa tu~
:)


hari ini, bersamaan 24hb Julai 2011, 
Mohd Haikal Bin Omar
telah bertolak ke UiTM Segamat pada jam 1.10PM dari Putrajaya,
sampai ke destinasi jam 3.35PM.
alhamdulillah sye bersykur kerana sampai ke destinasi dengan selamat dan sehat sejahtera.
walaupun agak lama tahan nk buang air td.
HAHAHA.









yup.
sesungguhnye, sye agak sedih.
npe?
sbb ni memang perasaan yg biasa.
well, bg orang yg syg akan keluarga dan suka akan kemalasan.
hahaha.
ape daaaaa.
mne x nye. dh seminggu kt rumah. pstu, balik semula ke segamat.
:(

but i had a blast holiday!
thank you so much kepada semua yang menyumbang kepada kegumbiraan ku sepanjang percutian pertengahan semester.
assgnments?
aku mls nk  pkir lg skrg ni. biaa laaaa. mlm ni bru mula buat. lpas mndi nnti aku buat la skit2 apa yg patut~
KUATKAN SEMANGAT!
YES!
i need to be strong for my family.


ayah~
haikal x smpat jumpe ayah pn sebelum pegi td.
haikal tau ayah sibuk kerja.
ayah jaga diri yea.
semoga ayah sampai ke Malaysia dari Thailand dengan selamat.
jumpa lagi nnti taw!
:')



ni jela yg aku nk share ngn korangg.
btw, barang2 dh habis kemas. tinggal nk mandi dan bersiap jea untuk sambung siapkan assgnmnts.
tata~
terima kasih kerana membaca entry ku ini.
:D

Tuesday, July 19, 2011

The All NEW KalMobile

this is the final touch of my mobile!
yes it is!
:D

tukar bumper depan and install something to the car adalah perubahan yang terakhir untuk kereta ku ini.
from zero to hero eh?
haha.

klu krg nk tau, dlu kete ni sgt kosong dan xde papeeeee.
aku tambah sana sini nk bg nmpk ok skit
kecuali spoiler. itu ayah aku belanjaaa.
hehehe.
and kereta ni pernah involve in an accident. waktu akk aku yg bawak duluuu.
yang menyebabkan most of the spare parts are not originals.
kadang kala menyebabkan terpaksa bayar lebih untuk service sbb ade jea yg x kena.
yelakn, time accident, nk bayar murah jea untuk spare parts. skrg? sme je. kne kluakn duit jgk untuk repair itu ini.


xpela. mnde dh lpas an. i am satisfied with my car right now.
even though you are a kelisa, you are a nissan fairlady to me.
don't worry, no body knows the secrets between us.
;))












ini lah dyeaaaa~
ini lah kenderaan saya.
upgraded and ready to roll on the streets of segamat.
hehehe.
buat masa ni, tak boleh nak bawak dia sangat.
kena banyak berehat.
i love you kelisa fairlady!
:D
<3

Sunday, July 17, 2011

Shopping !

uuhhh.
need to think more creative on the title.
sorry.
c(=




hari ni klua pegi sunwayyy!
yeay!
dh lepas lagi satu gian.
hahaha.
puas!
tp aku bertolak kul 2.30PM td.
lewat an?
mne x nye.
pagi2 bangun awal.
then ttdo dari kul 11.30AM smpai 2.00PM.
gara gara nak replace balik malam yg aku x tido tu.
dh membazir masa kt situ sbnrnye.






sebelum boleh masuk pn ke dalam tempat shopping, bersaing untuk dapatkan parking sangat lah susah.
dh la ramai gilaaaa yg dtg.
25 minit kemudian baru aku dapat parking.
itu pn memang aku bersyukur sgt sbb tgh2 drive perlahan2, tbe2 ade org yg tkan unlock button kete dyea.
aku pn menggunakan deria NINJA aku untuk detect lampu yg ada kt kete tu, cepat2 aku bg signal sblm org kt blakang aku ambik.
woooo~
hahahahahaha.









this is one of the reasons why i came to sunway.
untuk proses dua film yg tak terproses lagi.
maklumlahhh. jarang sgt balik ke rumah. kt segamat tu dh la xde kedai yg boleh buat.
btw,
ini lah kedai yg aku beli kemera2 film and polaroids.
kt kdai ni juga tempat aku proses film.
ssh dh nk jmpe kdai2 cmni skrg ni.
ada lagi satu cawangan kt Central Market.
aku beli cemera Fish Eye ngn Polaroid kt CM.
bukan kt sunway. kt sunway ni tmpt aku hantar film untuk proses jea buat masa ni.
stiap kali aku kt kdai ni, nafsu untuk membeli kemera membuak2!
td pn, sikit jea lagi aku nk mmbazir duit bli lg satu kemera.
hehehe.
nasib baik boleh tahan keinginan tu.
klu x, dh tambah lagi satu kemera kt koleksi aku ni.

currently, aku ada:
NIKON DSLR D5000
NIKON coolpix S5100
LOMOGRAPHY Fish-Eye 2.0
FUJIFILM Wide Intax

tp bru 4. sikit lg ni. kalau dh ade 10 kemera baru banyak!
xD



ini je la yg aku bli kt kdai tu~
60 keping polaroids untuk PHOCUS.
(Photography Club UiTM Segamat)
sbb aku tgk, walaupun x ramai yg nak. sbb drg kata MAHAL!
ade jgk yg berminat dgn polaroids ni.
aku cas RM5 untuk sekeping gambar.
FYI people, RM5 is sgt murah.
original polaroid cost you RM70 for five pieces.
kira kira la sndri yea.
dan, gambar polaroid ni tahan lama klu kte pandai jaga.
ltak dlm plastik, x expose kt bawah matahari.
and it gave a very very very very nice picture result.
saya sangat sukaaa.
:D








dh settle dengan film, singgah pula ke Al- Ikhsan!
buat apa?
mencari kasut baru~
kenapa?
sbb aku kurang suka dengan kasut NIKE yg aku beli hari tu.
walaupun aku sgt suka warna kasut tu, tp cm x selesa and not my style.
jdnye, aku buat keputusan untuk cari kasut ADIDAS yg lebih kurang cm kasut adidas aku yg lama.
kasut yg lama tu currently dlm keadaan nazak.
hehehe.



so guys, this is my new shoes~
:D
harga murah jea.
RM170.
kdai ni ada saleeeeeeeee. kesempatan ini perlu diambil sebelum melepas.
cantik kn kasut ni?
suka~
and yes, i love blue.
<3














kemudian, pergi ke alamanda untuk makan tengahari pada jam 4.40 petang.
teruk btl laaaa mkn tghari time nk dinner dh.
;))

dan tida lupa, majalah wajib beli stiap bulan - Digital Camera
majalah ni sgt bagus. buku ni la yg aku guna untuk rujukan membeli kemera dan eksesori yg lain2.
yg blah kiri tu pulak KAMUS PHOTOGRAPHY kecik sayaaaa.
aku ada yg sama cmtu. tp lagi besa.
yg ni kcik skit. senang nk bawak mne2 untuk rujukan.
harga pn murah!
RM39.80 jea. sgt sesuai bg yg baru nk ceburi bidang ni.
lpas dh membuncitkan diri, sye punnnn pulang dengan hari yg gumbiraaa~
even though i went out alone.
:)





















thats it for today~
terima kasih kerana membaca.
:D

Saturday, July 16, 2011

Perjalanan ke minggu yang indah

hye semua!
:D







currently at home.
yeay!
dh smpai rumaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
gumbiraaaa.
:'D



the story behind it?
meh kalcube nk citeee.
hohoho.

selepas menjawab test Multimedia (Alhamdulillah boleh jawab).
percaya atau tidak, aku tak tido pn malam td.
tejagaaaa jea.
ada masalah skit.
at the same time, layan movies.
hahaha.
seronot!
cite lawak (aku lupa tajuknye) ngn Transformers 2.
layaaaann~

honestly, lpas test tu, aku x kemas beg pn lagi.
selepas beberapa puluh minit kemudian, baru aku mula kemas.
dlm masa yang sama, dengar music + on FB + menyanyi + melipat baju.
start mengemas beg untuk dibawa pulang dalam pkul 12.30 pagi rasenyea.
teruk btl ;)
mne tak nyeee.
aku dh lama x dengar music kuat2 dan layan movies kt laptop.
alang2 dh habis test tu an, buat la ape yg patut untuk memuaskan nafsu tu.
teringin sgt.
hahaha.
tp yg peliknye kn, smakin nk ke waktu pagi, aku rasa semakin sejuk.
sampai kipas aku perlahankan ke nombor 1.
siap berselimut kt meja study tu.
nak kata demam, x pn.
pelik~
pape pn,
ble dh habis kmas beg, sambung layan cite transformers 2.
sampai nk ke pukul 6.30, aku pn pegi mandi dan bersiap untuk meninggalkan bilik.
sampai ke gate guard dlm kul 7.15AM dan kemudian, bertemu dengan zati.
npe awal sgt?
sbb tike bas pukul 8~
*boleh refer kt entry sblm ni

disebabkan agak kelam kabut mse bsersiap nk klua dari bilik, aku x smpat nk singgah toilet.
sampai2 jea terminal, agak 'termenari' menahan.
hahaha.
yelaa. sbb terminal pnye tmpt untuk ke tandas tutup.
agak menggelabah la an.
xkn aku nk tahan smpai ke KL nnti.
sempuuuutt~
rupe2nye, adaaa jalan nk ke tandas.
*dlm hati - yes! nasib baik!wooohhhoooooo! alhamdulillah~

legaaaa okee.
xD


 sepanjang terjaga malam td, aku x smpt mkn pnnn.
jdnye, kami (aku dan zati) pn naik ke tngkat atas untuk beli apa2 sebagai alas perut sebelum masuk ke dlm bas.
beli xnk mengalah.
banyak gile. cm nk mkn tghari dh.
hohoho.

aaaanddddddd.
nak tau x!
^_^

yang ada sekali kt dalam bas tu was Muhaimin naim, rabiah and her twin, rokiah.
sume tu my classmates.
aku rasa cm agak seronok.
sbb slalu tgk drg kt segamat ni je an.
x pnah lg tgk kt KL.
so, jd cm excited balik sama2.
:D










situasi dalam bas:

more specific, Naim's situation.
hahahaha.
kesian btl member aku sorang ni.
die ni dh la tinggi, kaki panjang. orang depan die boleh plak selambe badak pegi rendahkan seat smpai gitu skali.
aku paling x suka orang yg pentingkn diri sndri.
die pikir ni hotel ke nk tdo smpai cmtu skali.
pikir la orang lain jgk. bukannye kt blakang kau tu xde org.
paham??!
sabar haikal.
sabaaarrr.
;D


bertolak dari terminal segamat dalam jam 8.10AM.
sampai ke Terminal Bersepadu Selatan, KL dlm jam 11.20AM.
sampai2 jea kt terminal, naim and the twins pegi cmtu jeaa.
sedih btl.
x smpat ckp bye byeeee.
*bye koranggg. jaga diri taw.
sampai ke ERL, Putrajaya Central dalam jam 12.10PM.




untuk sampai ke rumah dengan cepat dan kurang cermat (sbb agak mahal), aku pn naik teksi~
memang teksi kt putrajaya ni mahal pn.
padahal dekat jea rumah aku ngn stesen ERL ni.
nk cas smpai 9 rnggit.
klu kt segamat, bayar 9 rnggit dh lebih drpd sparuh jln nk smpai ke bandar.
;))




dan pada jam 12.20PM, akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa.
selepas agak sekian lama tidak menghirup udara yang agak tidak segar di putrajaya,
I AM HOME.
perasaan:
meesti la best!
xkn nk sedih laaaaa.
td mse masuk je rumah, kucing aku yg tinggal lagi sekor tu sambut kepulangan aku~
terharunyeeee.
thank you cika.
:))








for lunch, ayah bawak makan di Selera Putra.
Selera Putra ni hanya terdapat di Masjid Putra, Putrajaya.
makanan2 nye agak mahal kt situ.
Nando's pn adeaaa.
ramaaaaai sgt time ktrg smpai 2.
sbb tgh lunch hour an.
dengan ramai pengunjung dari luar yg datang melawat.
mula2 dduk kt nando's tu taw.
then pekerja dyea dtg la bg menu.
ayah aku dh ckp "ayam je ke yg adaa?"
aku pn cm xde selera nk mkn ayam jea.
aku ckp kt ayah aku, kte pegi jelaaa yg ada jual nasi gorang tu.
lagi sedap kott.
kami pn beredar cmtuuu jea.
hahaha.
kesian org tu.
dh berharap ada customer yg ke 3 buat hari tu.
xD






aku mkn nasi goreng biasa ngn air sirap limauuu~
sementara menunggu kehadiran makanan, ayah aku sruh bli ice cream dlu.
(seperti rajah di atas)
sedap jgk eskem kdai tu.
ape name nye nth.
reti mkn jea.
nasi goreng yg aku oder tu pn sedap!
best~
:DD










selesai sudah lunch, aku teringat kereta kesayangan ku~
KELISA FAIRLADY Z.
hohoho.
dh lama x bawak dyeaa.
dan dh lama tak hantar service.
aku pn ambk kptsn untuk hantar kereta ku ini ke tempat yg spatutnya di kajang.
kdai ni service kereta ni dekat jea ngn kdai mak.
alang2 dh smpai tu, aku singgah kdai mak aku jp.
rindu nk tgk akk aku ngn anak buah, AUNI!
mak aku xde pn kt kdai. sbb ade bengkel kt putrajaya.
tinggal akk aku je la yg menyambung bisnes mak aku ni.
die tgh mengajar students.
macam mak aku jgk.
bagus btl akk aku yg sulung ni.
besar pahala dyea tlg mak.
:)








ini lah dyea AUNI!
comel kaaann?
:DD


nama penuh, Ummul Auni Aufiyah.
yang membawa mksud ibu yang tenang dan berani serta kuat!
i hope you'll be what you name meant to be.
ni anak kepada akk aku yg pertama~
dh lama Uncle K x nmpk auni yea.
hehehe.
umur dyea dh 4 bulan. best main dgn die td.
suka tgk die trsenyum.
:))





ini lahh keadaan kereta fairlady aku kena service.
kesian dyea kena bukak tayar ape sume.
nk kena tukar itu ini service itu ini.
dh lama x hantar service memang cmni. sume mnde ade masalah.
tp kdg2 drg ni mengade je sruh tukar itu ini, padahal xde pape pn.
so, klu nk hantar kete service, kena ajak orang yg lebih berpengalaman.
dari situ korang akan belajar.
(aku terlupa nak mintak minyak hitam lebih)
-.-



antara sbb kenapa duit yg dikeluarkan akan banyak hari ni adalah kerana banyak masalah kt kereta.
ini laa antara punca.
tayar nk meletup!
dh crack yg agak dalam.
kalau aku bawak lagi atas jalan berbatu rsenye dh memang x balik. stay je situ smpai ade kete tarik.
besides that, rim kete pn dh bengkok sane sni.
patutla hari tu bli rim 2nd hand dapat murah.
ade problem rupenye.
yg menyumbangkan kepada kerosakan tayar.





rupa baru rim tayar kereta.
sblm ni lagi cantik rsenye.
walaupun bermasalah.
;)

rim ni rim original Myvi.
ok la.
cantik jgk~
ade banyak duit nnti, aku tukar la ke sport rim baru.
siap berlampu2 okee.
biar puas hati.
hahaha.




service pnye proses habis pkul 4.30.
lama la jgk menunggu kt situ.
then. i went to Brothers.
buat tambahan sket kt kereta.
firstly, tambah lagi grounding wiring system.
yg warna purple tu.
sebelum ni ada yg warna kuning jea.
then ditambahkan lagi dengan volt balancing system.
yg kotak kecik warna biru tu.
bagus ltak mdne2 ni.
memang boleh rasa kelainan bawak kereta dgn system ni.
2ndly is front bumper.
bumper depan aku dh pecah.
jdnye aku oder yg baru. ambik dan pasang hari selasa ni.
lpas ni nk ltak somthing untuk kuatkn lagi pick up gear.
aku lupe ape nmenyea. tp harga RM188.
aku akan install mnde ni kt kereta waktu nk pasang front bumper nnti.


so skrg, kereta aku dh ok!
dh segar!
semuanya dh settle. minyak pn dh penuh.
kereta dh basuh dan berkilat.
tp, road tax jea yg tak renew lagi.
dari bulan 2 hari tu.
xde sape pn yg nk tlg buatkan. aku ni dh la kt universiti.
sibuk memanjang. krg klu aku bawak kena saman, satu hal.
ishhhh.
lantak la. kesah apea. nk bawak jgk.
tp dlm minggu ni, nk kena sttlekn jgk road tax ni.
sbb nk bawak ke UiTM lpas cuti ni.
senang skit nk bergerak kt sne nnti.
SAYA TIDAK AKAN BUAT SERVIS KERETA SEWA.
harap maaf.
:)


*sampai rumah kul 9 mlm. lama sgt sbb pembaharuan yg aku telah buat kt kereta pnye system tu.
















ini lah cerita aku dari sebelum bertolak ke rumah, smpai laaa nk habis hari tu.
sehari jea dh buat mcm2.
ni la baru puas.
xde la rse cm terbuang masa sgt.
sehari, mcm2 aktiviti. untuk esok iaitu hari ahad, aku nk singgah Sunway Pyramid jp.
shopping baju, hantar film untuk diproses dan mungkin beli sesuatu yg berkaitan dgn kemera.
itu sahaja dari saya.
tnx for reading my entry guys!
love ya!
:D