JENG JENG JENG
respon anda selepas baca tajuk di atas?
huihui.
Ceritanya: TARIKH: 28.07.12
selepas makan makanan yang sedap sedap yang dimasak oleh ibu tersayang~
aku tiba tiba rasa nak tanya semula tentang perkahwinan.
sebab sebelum ni mak ayah aku cm, nak kawin? ohh no way gatal.
aku sebut "mak ayah~"
intonasi cam nak bertanya la.
then ayah aku jawab "apa?"
dalam masa yang sama, mak aku jawab "nak kawin?"
aku dah tergelak gelak. hahaha.
"macam mana mak tau ni? ;D"
"haikal nak mintak pendapat je. apa pendapat mak ayah tentang perkahwinan selepas diploma?"
mak ayah aku ada cakap macam macam.
tapi antara isi isinya
- kalau nak kawin ni, ada banyak tanggungjawab, jaga anak, jaga isteri, nafkah keluarga
- kena ada keewangan yang kukuh: suami dan juga isteri
tiba tiba ayah kata
"kalau haikal nak kawin, ayah tak kisah. mak ayah redha. TAPI, kena ada pendapatan dahulu / kerja tetap"
bila dengar ayah aku cakap begitu, aku dah senyum sampai ke telinga.
HAHA.
mak ayah ni biar betoool.
then ayah aku sambung, kalau haikal kawin nanti senang sikit. ada la orang yang boleh tolong mak kt rumah ni.
mak aku puleee, "yeayyyyy. haikal pulak jaga mak ayah. duk kt rumah ngn mak ayah je la. senang. mak ayah dah penat dah tua"
aku >> "awwwwwww. dah ada restu la ni?"
*dalam hati dalam masa yang sama senyum malu. hoho
then sebelum balik ke kampus tadi, keluar dengan mak, ayah and adik ke Amcorp Mall, Petaling Jaya.
dah lama tak singgah sini masa hujung minggu.
dulu sebelum pindah putrajaya, selalu juga ke sini.
hampir setiap hari ahad.
ayah suka sangat tgk barang barang antik kt flea market yang diadakan setiap hujung minggu kt sana.
kt sana, berpecah laaaaa ikut haluan masing masing.
aku nak cepat beli barang lagi untuk dibawa balik ke kampus, jadinya aku jalan sorang ke sana sini.
banyak barang yang menarik. tapi takde perasaan nak beli apa apa.
tiba tiba ternampak kedai popular. aku pun masuk, tengok tengok apa yang ada, terlihat sebuah buku yang menarik:
yes. you can guessed it.
aku beli buku ni!
yeaayyyyyyy~
:P
antara isi kandungan, buku ni share cara yang senang nak kumpul duit untuk perbelanjaan perkahwinan.
selain tu, ada senarai semak 'luar biasa' untuk pengantin lelaki dan perempuan.
ada macam macam macam macam lagi perkara yang dikongsikan.
seronok buku ni.
ada la perkara yang aku tak tau, jadi tahuu.
great tips!
saranan?
beli la buku ni. RM25 je pon.
berbaloi la dengan ilmu yang ada dalam buku ni.
a very great book for couples.
;)
awak, mak ayah saya dah bagi green light.
saya akan berusaha sehabis mungkin untuk ikatan yang sah.
dari segi keewangan, ilmu dunia dan juga ilmu akhirat untuk bimbing kamu dan anak anak nanti.
PHOTO CLOTHING will come up with new shirt design !
NO PHOTOGRAPHY | WHO CARES?
will be released this August.
:D
maksud tiga bintang yang ada pada design ni?
3 bintang dengan bintang 5 penjuru juga bermaksud "Pentagram"
explanation in English: the Pentagram was the sign of "story-tellers", the five points a powerful symbol of protection and balance, shown here in its elemental form with the fifth element of Spirit taking its proper place above the four manifest elements. This pentagram incorporates the oriental yin-yang symbol to emphasize its harmonizing nature.
photographers juga dikenali sebagai tukang cerita kerana menceritakan pelbagai perkara dalam sesebuah gambar.
sebab itu 3 bintang : sign of story tellers.
konklusi:
kalau orang tanya, aku boleh jawab. hee. 3 bintang tak semestinya membawa maksud komunis.
buat pengetahuan, aku adalah peminat star wars semenjak Darjah 1
saaaaaaaaaaampai sekarang.
kalau nampak baju or stuff yg ada kaitan dengan star wars, aku akan beli (kalau ada duit).
hari tu pergi ke billion dengan niat nak beli makanan untuk bersahur.
tiba tiba ternampak puleee Cocoa Frosties yang kelihatan sangat sedap.
dan...................
*buat pengetahuan, aku dah taip bukan main lebar panjang. tiba tiba satu uitm segamat ni blackout. so aku malas nak taip balik -.- UiTM DiHATIKU erghhh
apa apa punnnn.
Darth Maul adalah villain yang aku rasa paling awesome dalam movie Star Wars!
"Dear Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, please reconsider the decision to use the current merdeka logo and revoke into a much better one. MANY of us willing to give the logo for the Merdeka even if you don't pay a single cent rather than continuing using the current one. Most of us were shouting, screaming, crying and embarrass since yesterday about the decision to use the merdeka logo
SN "
siap tag lagi facebook PM.
tak tahu la dia baca ataupun tidak.
konklusi:
aku rasa logo ni dibuat dengan agak kelam kabut.
orang yang approve design ni pun mesti orang lama yang tiada pandangan tentang seni rekaan.
korang pon boleh nilai sendiri kan design yang di atas sekali tu?
apa apa pun, harap logo akan berubah sebelum tarikh kemerdekaan kita pada tahun ini.
as salam semua~
mungkin ramai yang tertanya tanya dan nak sangat tahuuuuuuu.
selepas berjumpa dengan pihak pengurusan, baru aku faham and tahu situasi sebenar.
pada 27 Julai 2012, twitter aku di update sebegini rupa:
agak ramai yang RT sebab mereka pun geram rasanya.
mana taknyaaaa. bazaar takde.
makanan kalau nak beli, terpaksa beratur panjang.
ada lagi la banyak halnya yang lain.
beberapa minit kemudian, update status ini di facebook:
(latest print screen)
seperti yang anda dapat lihat, BANYAK maklumbalas dari pelajar pelajar yang lain.
itu antara aduan dan rasa tidak puas hari mereka berkenaan perkara ini.
kemudian, bila status tu dh jadi panjang lebar,
aku tag HEP UiTM Johor ngn MPP UiTM Johor punya facebook.
aku yakin orang HEP akan baca.
keesokan harinya selepas kelas, pergilah aku ke HEP dengan harapan untuk dapatkan penjelasan.
Explaination (PENCERITAAN SEMULA)
Sebelum ni, kita ada masalah dengan penyewa gerai pasar setiap hari selasa.
ada di antara mereka yang tidak ikut peraturan yang sepatutnya.
contoh, mereka masak disitu apa semua, then buang sampah, minyak dan bermacam lagi di longkang yang ada kt belakang tu.
perkara ini menyebabkan berlakunya "kerosakan" aliran air dan sebagainya.
kerosakan ini pula, menyebabkan tanggungan kos yang tinggi untuk proses maintenance.
bahu yang berat memikul pula adalah jurutera UiTM Johor sendiri.
selepas pihak pengurusan berbincang dalam bulan 4 hari tu.
mereka buat keputusan untuk tidak buat bazar di luar itu lagi.
tapi pasar setiap selasa, masih akan berjalan seperti biasa.
sebabnya, kalau setiap selasa pun dah ada masalah, apatah lagi kalau hari hari mereka ada disitu.
perkara ini sebenarnya berlaku setiap tahun.
lagi lagi sewaktu bulan puasa dimana bazar dibuka untuk para pelajar.
disebabkan oleh beberapa peniaga, bazar di mansuhkan.
TETAPI,
NR-CAFE diberikan so-called "kuasa" untuk sewakan tapak pada peniaga luar, untuk berniaga di dalam.
(depan PI)
jadinya, Pihak Pengurusan dan lepaskan perkara ini pada NR-CAFE.
bukan lagi bawah PP.
masalahnya sekarang, NR-CAFE ni punya harga sewa, mahal.
yang menyebabkan orang luar rasa tak puas hati.
kerana kadar sewa yang lebih tinggi dari yang di offer oleh pihak pentadbiran sebelum ni untuk berniaga.
jadi rasanya, lebih baik mereka berniaga di luar yang memang akan dapat lebih banyak keuntungan.
jadinyaaa.
sekarang ni, alternatif sedang dibincang dan cuba untuk dilaksanakan.
apa yang mereka akan buat?
tak tahu.
lebih banyak keburukan dari kebaikan kalau buka bazar?
cuba nilai sendiri.
Kebajikan Pelajar harus diutamakan.
bukan nak masuk duit poket satu belah pihak sahaja.
sekian. *yes. akulah penyampai suara mahasiswa. cewaahhh. haha. xdela.
dalam masa tak update pape ni, memang bermacam sangat perkara yang tidak diceritakan~
maksudnya, macam macam sangat perkara yang berlaku dalam hidup ni.
cuma tidak dicatatkan.
*rasa cm menyesal pun ada
:(
apa apa pun~
SELAMAT BERPUASA !
insyaAllah akan update blog ni frequently semula.
:D