Sunday, July 29, 2012

Ibu Bapa Saya Izinkan Kahwin Awal ?

JENG JENG JENG
respon anda selepas baca tajuk di atas?
huihui.





Ceritanya:
TARIKH: 28.07.12

selepas makan makanan yang sedap sedap yang dimasak oleh ibu tersayang~
aku tiba tiba rasa nak tanya semula tentang perkahwinan.
sebab sebelum ni mak ayah aku cm, nak kawin? ohh no way gatal.

aku sebut "mak ayah~"
intonasi cam nak bertanya la.
then ayah aku jawab "apa?"
dalam masa yang sama, mak aku jawab "nak kawin?"
aku dah tergelak gelak. hahaha.
"macam mana mak tau ni? ;D"

"haikal nak mintak pendapat je. apa pendapat mak ayah tentang perkahwinan selepas diploma?"

mak ayah aku ada cakap macam macam.
tapi antara isi isinya
- kalau nak kawin ni, ada banyak tanggungjawab, jaga anak, jaga isteri, nafkah keluarga
- kena ada keewangan yang kukuh: suami dan juga isteri

tiba tiba ayah kata
"kalau haikal nak kawin, ayah tak kisah. mak ayah redha. TAPI, kena ada pendapatan dahulu / kerja tetap"
bila dengar ayah aku cakap begitu, aku dah senyum sampai ke telinga. 
HAHA.
mak ayah ni biar betoool.

then ayah aku sambung, kalau haikal kawin nanti senang sikit. ada la orang yang boleh tolong mak kt rumah ni.
mak aku puleee, "yeayyyyy. haikal pulak jaga mak ayah. duk kt rumah ngn mak ayah je la. senang. mak ayah dah penat dah tua"

aku >> "awwwwwww. dah ada restu la ni?"
*dalam hati dalam masa yang sama senyum malu. hoho











then sebelum balik ke kampus tadi, keluar dengan mak, ayah and adik ke Amcorp Mall, Petaling Jaya.
dah lama tak singgah sini masa hujung minggu.
dulu sebelum pindah putrajaya, selalu juga ke sini.
hampir setiap hari ahad.
ayah suka sangat tgk barang barang antik kt flea market yang diadakan setiap hujung minggu kt sana.

kt sana, berpecah laaaaa ikut haluan masing masing.
aku nak cepat beli barang lagi untuk dibawa balik ke kampus, jadinya aku jalan sorang ke sana sini.
banyak barang yang menarik. tapi takde perasaan nak beli apa apa.

tiba tiba ternampak kedai popular. aku pun masuk, tengok tengok apa yang ada, terlihat sebuah buku yang menarik:




yes. you can guessed it.
aku beli buku ni!
yeaayyyyyyy~
:P

antara isi kandungan, buku ni share cara yang senang nak kumpul duit untuk perbelanjaan perkahwinan.
selain tu, ada senarai semak 'luar biasa' untuk pengantin lelaki dan perempuan.
ada macam macam macam macam lagi perkara yang dikongsikan.
seronok buku ni.
ada la perkara yang aku tak tau, jadi tahuu.
great tips!

saranan?
beli la buku ni. RM25 je pon.
berbaloi la dengan ilmu yang ada dalam buku ni.
a very great book for couples.
;)


















awak, mak ayah saya dah bagi green light.
saya akan berusaha sehabis mungkin untuk ikatan yang sah.
dari segi keewangan, ilmu dunia dan juga ilmu akhirat untuk bimbing kamu dan anak anak nanti.
insyaAllah.
:)

4 comments: