Wednesday, July 25, 2012

Mansuhan Bazar UiTM Segamat

as salam semua~
mungkin ramai yang tertanya tanya dan nak sangat tahuuuuuuu.
selepas berjumpa dengan pihak pengurusan, baru aku faham and tahu situasi sebenar.



pada 27 Julai 2012, twitter aku di update sebegini rupa:

agak ramai yang RT sebab mereka pun geram rasanya.
mana taknyaaaa. bazaar takde.
makanan kalau nak beli, terpaksa beratur panjang.
ada lagi la banyak halnya yang lain.






beberapa minit kemudian, update status ini di facebook:
(latest print screen)

seperti yang anda dapat lihat, BANYAK maklumbalas dari pelajar pelajar yang lain.
itu antara aduan dan rasa tidak puas hari mereka berkenaan perkara ini.


kemudian, bila status tu dh jadi panjang lebar,
aku tag HEP UiTM Johor ngn MPP UiTM Johor punya facebook.
aku yakin orang HEP akan baca.

keesokan harinya selepas kelas, pergilah aku ke HEP dengan harapan untuk dapatkan penjelasan.
























Explaination
(PENCERITAAN SEMULA) 
Sebelum ni, kita ada masalah dengan penyewa gerai pasar setiap hari selasa.
ada di antara mereka yang tidak ikut peraturan yang sepatutnya.
contoh, mereka masak disitu apa semua, then buang sampah, minyak dan bermacam lagi di longkang yang ada kt belakang tu.
perkara ini menyebabkan berlakunya "kerosakan" aliran air dan sebagainya.
kerosakan ini pula, menyebabkan tanggungan kos yang tinggi untuk proses maintenance.
bahu yang berat memikul pula adalah jurutera UiTM Johor sendiri.


selepas pihak pengurusan berbincang dalam bulan 4 hari tu.
mereka buat keputusan untuk tidak buat bazar di luar itu lagi.
tapi pasar setiap selasa, masih akan berjalan seperti biasa.
sebabnya, kalau setiap selasa pun dah ada masalah, apatah lagi kalau hari hari mereka ada disitu.
perkara ini sebenarnya berlaku setiap tahun.
lagi lagi sewaktu bulan puasa dimana bazar dibuka untuk para pelajar.


disebabkan oleh beberapa peniaga, bazar di mansuhkan.
TETAPI,
NR-CAFE diberikan so-called "kuasa" untuk sewakan tapak pada peniaga luar, untuk berniaga di dalam.
(depan PI)
jadinya, Pihak Pengurusan dan lepaskan perkara ini pada NR-CAFE.
bukan lagi bawah PP.
masalahnya sekarang, NR-CAFE ni punya harga sewa, mahal.
yang menyebabkan orang luar rasa tak puas hati.
kerana kadar sewa yang lebih tinggi dari yang di offer oleh pihak pentadbiran sebelum ni untuk berniaga.
jadi rasanya, lebih baik mereka berniaga di luar yang memang akan dapat lebih banyak keuntungan.


jadinyaaa.
sekarang ni, alternatif sedang dibincang dan cuba untuk dilaksanakan.
apa yang mereka akan buat?
tak tahu.
lebih banyak keburukan dari kebaikan kalau buka bazar?
cuba nilai sendiri.
Kebajikan Pelajar harus diutamakan.
bukan nak masuk duit poket satu belah pihak sahaja.

sekian.
 *yes. akulah penyampai suara mahasiswa. cewaahhh. haha. xdela.

6 comments:

  1. Thumbs up! Lama kelamaan, student mati kebuluran, :D

    ReplyDelete
  2. haikal, try interview peniaga pasar plak. betul ke dorg buang sampah ke dalam longkang sesuka hati? ke pihak pengurusan buat cerita?

    dan kenapa gerai makan sektor c, yg digelar "uptown" terbengkalai??

    ReplyDelete
  3. uptown punya kontrak dah tamat tempoh. memang takkan renew dah. dengar cerita kata bahagian dapur (belakang) nak dipecahkan untuk buat parking untuk peniaga IFC. lepas tu katanya kalau ada yang nak berniaga dekat uptown tu boleh tapi ada syarat; tak boleh jual makanan. selain daripada makanan macam bukak kedai baju ke, kasut ke bolehlah. kitorang yang duduk dekat IFC pun terbeban jugak dengan isu ni, dekat memanglah dekat tapi harga dia tu. lauk pun tak variety. kalau sebulan puasa macam ni, memang duit mengalir macam air jela. T___T

    ReplyDelete
  4. ok la tue adik2 sume...abng ko nie yg memang super duper senior kat uitm segamat dulu bkn kate nr-cafe,bazar pun xde harap mkn dining je ikan kembung..ikan kembung..ikan...

    ReplyDelete
  5. pagi mee spring..tng hari masak sayur manis mlm roti ke..kalu hari sdap sikit ade la nasi ayam huhu korg mesti xpnah rase punye time2 camtue tp xpe ak phm dulu org mkn pisang lenyek,skrg org mkn kfc...pizza mane nak knal pisang lenyekkan...ape2 pun slamat berjaya uitm dihatiku..

    ReplyDelete