Thursday, January 20, 2011

Belajar + Berniaga

salam semua!
:D

untuk post kali ini, hanyalah luahan perasaan semata2.
tidak ada kaitan dengan sesiapa mahupun yang masih hidup, ataupun yang sudah kembali kepadaNya.

kehidupan di universiti, tidak lengkap lah jika tiada siswa atau siswi yg berniaga.
mesti adaaaaaa sahaja khidmat yang ditwarkan ataupun barangan yang dijual.
bagi saya pula, saya sediakan service photography & video montage.

pada mulanya, saya rasa perkara ini tidak lah mengganggu sangat kerana ini minat saya.
saya pun, terima segala tawaran untuk bergambar dan projek video.
akhirnya, saya memakan diri sendiri.
:)

untuk 2 minggu pertama perkuliahan, saya tidak sempat untuk mengulangkaji kerana sibuk menyiapkan
projek2 video tersebut.
hasilnya xde laaaaa lumayan sangat.
tetapi, bagi saya, ini adalah batu loncatan bagi saya untuk lebih
menonjolkan diri dengan bakat yang ada.

bila saya fikir balik, xpe lah.
sesungguhnya Allah nampak akan usaha hambaNya.
mungkin kesibukan itu akan nampak hasilnya pada masa akan datang.
InsyaAllah.
:)

buat masa sekarang, saya sedang fokus dalam pelajaran.
alhamdulillah, projek2 tersebut memberikan hasil kepada saya,
dari segi wang ringgit.
tidak lah banyak,  tetapi mampu untuk menyara makan dan minum.

pengajaran?
boleh untuk kita hasilkan pendapatan sendiri, tetapi jangan lupa akan pelajaran kita.

PHOTOGRAPHY service saya masih dibuka untuk semua.
VIDEOGRAPHY service saya untuk montage pun, sudah dibuka untuk tempahan.


terima kasih banyak2 di atas sokongan anda semua.
:D

No comments:

Post a Comment