Saturday, December 22, 2012

Kisah





aku tak suka
bila mak ayah ada "title" atau gelaran.
semuanya ada limit.
semuanya ada batas.

dari kecil di ajar untuk jadi begitu formal.
yang menyebabkan aku tak reti nak main main.
selalu sahaja serious.
apa apa pun yang aku buat, aku ambil sangat serious.
sebab aku diajar untuk jadi begitu.

kau bukan sesiapa nak judge siapa aku.
sebab kau tak tahu cerita sebenar aku.
kau cuma tahu untu menilai orang lain tanpa tahu cerita mereka.
cara kita membesar berbeza.

mungkin kau mintak apa pun dari mak ayah kau, kau dapat.
aku?
nama je "Anak Dato" .
apa yang aku nak semuanya aku usaha guna duit sendiri.

DSLR? 
duit sendiri
Bowling Set?
duit sendiri
laptop?
itu hadiah ayah kepada anak anak dia yang masuk universiti.
tapi, aku masih guna RM300 duit sendiri sebagai tambahan nak beli laptop yang okay.

macam kaya tapi sebenarnya tidak.
cuba untuk sentiasa nampak bergaya untuk jaga nama "Anak Dato"
ohh please.
ini bukan permintaan.
tapi satu kurniaan.
apa boleh buat?

kau tahu aku. tapi tak kenal aku.

No comments:

Post a Comment