as salam semua~
:D
untuk entry kali ni, nak share dengan kamu semua doa yang saya baca setiap kali lepas habis solat.
dengan niat untuk berkongsi bersama apa yang dibaca.
insyaAllah kita sama sama dapat berkongsi dan mengamalkannya.
ya Allah ya Tuhan ku,
ampunilah dosa dosa aku.
ampunilah dosa dosa kedua ibu bapa dan guru guru ku.
ampunilah dosa dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
mahupun yang masih hidup, ataupun yang sudah kembali kepada mu ya Allah.
ya Allah ya Rahman ya Rahim,
ringankan lah siksaan api neraka ibu bapa ku ya Allah.
ringankanlah siksaan kubur mereka ya Allah.
tempatkan lah mereka dalam golongan orang yang beriman.
kurniakan lah mereka cahaya untuk menerangi kubur mereka ya Allah.
ya Allah ya Tuhan ku,
lapangkan lah dada ku.
tenangkan lah fikiran ku.
buka kan lah minda ku untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
kuatkan lah daya ingatan ku untuk menghafaz ilmu Mu ya Allah.
permudahkan lah segala urusan pada hari ini, dan seterusnya ya Allah.
kurniakan lah aku dengan punca rezeki yang halal ya Allah.
luluskan lah dengan cemerlang keputusan final exam aku dan juga rakan rakan ku yang lain ya Allah.
lindungilah dan jauhilahkan aku dari perangai syaitan, gangguan syaitan, godaan syaitan.
hasutan nafsu, gangguan nafsu.
dan jauhilah kan aku dari azab api neraka Mu ya Allah
*bacaan di atas ini dimulakan dan diakhiri dengan bacaan doa selepas solat. korang hafal kan?
good !
:)
:)
No comments:
Post a Comment