Friday, September 2, 2011

Luahan Isi Hati 1

ini bukan kisah cinta.
ini bukan kisah sedih.
cuma luahan perasaan dari isi hari yang pedih.

beberapa tahun yang lalu,
ada seorang perempuan ini, yang pernah hadir dalam kehidupan ku.
aku kenal dia semasa aku sedang bekerja.
yang kelakarnya, aku lah boss.
waktu itu, aku x perlukan ramai pekerja.
jadi, aku pilih 30 yang terbaik dari 40 lebih yang aku sedang ambil sebagai pekerja.
aku buat ujian demi ujian dan aku buang satu persatu.
dia rasa terpaksa dengan pekerjaan yang aku tawarkan itu.
jadi, dia dengan sengaja melakukan kesilapan agar aku lepaskan dia dari pekerjaannya.
tetapi, aku masih mahu dia berada dalam kumpulan pekerjaan.
aku mengambil keputusan untuk kekalkan dia dan pecat beberapa yang lain.
sehinggalah aku dapat ahli pekerja yang ideal iaitu hanya seramai 30 orang.

seperti biasa, setiap hari aku akan berasa semangat untuk datang bekerja dengan kehadiran dia.
sangat gembira melihat wajahnya dari jauh.
kadang-kadang, aku senyum malu tersipu melihat dia apabila kami bertentangan mata.
wajahnya tidak boleh ku huraikan melalui perkataan.
terlalu cantik di hati ini untuk ku ungkapkan.
dalam masa yang sama, aku tidak terpesong jauh dari objektif kerja.
aku masih tetap dengan pendirian untuk membawa pekerja ku ke arah kejayaan.
bersaing dengan syarikat yang lain.

pada suatu hari, aku ambil keputusan untuk berkenalan dengan dia.
alangkah indahnya dunia ini apbila aku mula berkomunikasi dengan orang yang aku sudah lama simpan perasaan yang semakin lama semkin membuak ini.
semuanya bagaikan ecrita dongeng.
suaranya begitu lembut, wajahnya sangat ayu dan lemah lembut pergerakan tubuhnya.
sampai satu tahap itu, aku berfikir "adakah dia yang akan menjadi teman hidupku?"
kerana bagi ku, dia cukup sempurna.

semakin hari, semakin rapat.
sehinggalah tiba satu masa, aku beranikan diri untuk katakan kepada dia,
"sudikah kamu menjadi pasangan saya?"
dia setuju :)

malangnya, dia bukan seperti yang ku sangkakan.
apabila kami sedang bersama. dia rapatkan dengan lelaki lain.
keluar sahaja aku dari bangunan syarikat, aku melihat dia bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
dia bersama aku, tetapi kenapa dia pula yang sibuk duduk di sebelah lelaki lain walhal ada sahaja permpuan lain yang boleh duduk sebelah lelaki itu?
aku perhatikan dia dari jauh.
semakin lama, semakin retak hati ku ini.
semakin lama, semakin banyak masalah yang timbul kerana dia.
kerana dia dan orang ketiga.

selepas 3 bulan kami bersama, beberapa hari sebelum tarikh lahirnya,
dia minta putus dari aku dengan alasan yang tidak boleh terima akal fikiran.
dia tinggalkan aku begitu sahaja.
tanpa sebrang berita selepas itu.
aku sedih.
setiap malam aku mengalirkan air mata membasahi bantal tidur ku.
dia tidak faham betapa aku sayangkan dia, betapa aku perlukan dia.
aku rasa seperti aku dipergunakan.
tidak dihargai, tidak disayangi.
dia meningglkan parut yang besar dan hodoh di hati ku ini.
tetap, dan tidak mungkin akan hilang kesan yang ditinggalkan oleh perempuan yang tidak mempunyai perasaan itu.

setahun kemudian, aku berikan dia satu khidmat pesanan ringkas, bertanyakan khabar.
di dalam hati ini, masih sayangkan dia walaupun dengan hati yang terluka.
beberapa minit kemudian, aku terima balasan dari dia.
tersenyum aku apabila melihat nama dia di skrin telefon bimbit ku.
selepas membaca isi balasannya, air mata ku mengalir.
dia memarahi aku kerana cuba untuk berkomunikasi semula dengan dia.
aku berasa sangat sedih dan bingung.
kenapa dia bertindak sedimikan?
aku tidak faham. dari situ, baru aku faham.
memang betul dia sebemarnya tidak sayang akan aku.
selama tiga bulan bersama, penuh dengan perasaan terpaksa.
putus harapan aku terhadap dia.
semua bahan berkaitan dengan dia, aku lontarkan sejauh jauhnya dari kehidupan ku ini.
aku tidak mahu rasa perasaan yang sama lagi.


TAMAT
nantikan sambungan kisah ini di entry yang seterusnya.
berdasarkan kisah yang benar.
ayat-ayat dan perkataan yang digunakan lebih kepada bahasa kiasan dan sebahagiannya digantikan dengan perkataan yang lain.
minta maaf sekiranya cerita ini ada mengguriskan perasaan mana-mana pihak.
tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa, cuma ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku.
Assalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment