Sunday, September 18, 2011

Haikal dan Kopiah



tgh bosan.
so, inilah haikal dan kopiah.
peace.

Luahan Perasaan (lagi)

hye guys!
haaaa~
luahan perasaan?
haha.
kali ni lain skit.
kte buat dalam bentuk video!
weee~
maklumlah.
nak jadi vlogger.
:P













ini lah nyeee.
tgk laa.
kalau vid ni best, SUBSCRIBE!
Share la ngn kawan2 taw.
thank you.
:D

Wednesday, September 14, 2011

Blogger? Vlogger? apa itu?

hye kawan kawan~
(suara sengau)

taaak laahhh. aku x dmm pon.
saje jeee nk bermanja ngn korang.
HAHA.


so untuk entri kali ini, nk share sikit perasan hati ni,
yang sering kali tertanya tanya:
"kepemendejadahnatangnye VLOGGER tuh?"
haaaaa~
aku yakin ramai yg tau.
bese la aku ni an.
hidup dalam gua.
elektrik jp ade jp xde.
bekalan air pn jp ade cm xde.
mengalahkan chips more.
-.-

a'ah! aku tengah cakap pasal uitm segamat!
tp nnti drg nk bukak mall ada wayang kot. mesti gempak.


hehe.
anywayzzzz.
kte teruskan citenye.

aku x paham pun definisi sebenar vlogger tu.
sbb itu cuma perkataan yang sesuka hati orang mne nth yang pegi 'tune' dari blogger, jadi vlogger.
jdnye, dari sini dengan pengetahuan dan kefahaman aku sendiri,
membawa maksud vlogger tu lebih kurang cm diari harian seperti di blog.
cuma bezanya, vlogger buat menggunakan videos~
yeaahhh~

but as for me, aku dh lama sebenarnye buat youtube channel.
semenjak
22 NOVEMBER 2008.
lama kn? :)
lama la jgk. hari ni 14 september 2011.
almost 3 years~

acc tu aku x guna untuk jd vlogger la.
sbb time tu mne aku tau pape lg.
perempuan pn aku x tau 'apemnde' sebenarnye tu.
kira cm budak2 lg la.
(skrg dh tua)

nk tau x video ape?
TEKAN SINI
klu nk tgk la~

okayy.
itu adalah the 1st acc.
2nd acc adalah tempat dimana aku upload video2 yg aku pernah buat dari dulu sampai laaaaa skrg.
dibawah ini merupakan view channel youtube aku yg terbaru:







konklusi, bila aku tgk smakin ramai orang2 kreatif buat video yg best2 tentang kehidupan, muzik dan macam2 lg,
i think i want to be a vlogger too.
nak juga luahkan kreativiti ke dalam bentuk video.
jeles oke!
HAHA.
wish me luck!




























































p/s: kalau korang ada youtube channel, please subscribe tu mine. bila tgh tgk video aku tuu, jgn lupa LIKE dan comment je la pape kt vid tu taw. sbb aku tgh berusaha nak jadi youtube partner.
thank you!
:D

Friday, September 9, 2011

Last Day - Bomba - Dinner

hye guys!
hye semuaaaaa!
:D

som hari ini merupakan hari terakhir bersama lecturer2 yang tertentu.
dan antaranya adalah lecturer ECO - Miss Fariza.
kenapa terakhir?
sebabbababab~
minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah.
minggu depan ada lagi tp hari isnin ngn hari selasa untuk kelas2 yg tertentu jea.
then. dh start study week.
pastu?
FINAL!

gila laaahhh.
sem ni laaa yg aku rasa sgt sekejap dan cepat.
walaupun bila diingatkan balik, mcm2 aku tempuhi untuk sem ni.
tp pressure sem ni, x seteruk sem lepas laa.
:)







ok2.
sambung pasal Miss Fariza.




dia merupakan antara lecturer yg sgt sgt sgt sgt baik.
aku sgt sgt sgt suka cara dia mengajar.
cara dia berkomunikasi, cara dia reach ktrg sgt mengagumkan.
dengan ajaran dia, aku rasa ECO ni sgt senang.
tq miss.
tq for everything.
u have thaught us many many things and almost about everything.
kekemasan diri, ketepatan masa, kelincahan membuat kerja dan lain2.
terima kasih.
:D

not sure why, tp aku rasa sedih sbb dh tak berlajar dengan miss lagi.
semoga kita jumpa lagi bila2.
tlg doakan kejayaan kami~
miss pernah ckp yg miss suka kelas kami!
kami pn suka miss mengajar!
sgt bersyukur ditakdirkan bertemu  dengan miss.
sgt sgt bersykur.
:)





untuk lecturer lain, aku buat kt post lain la k?
haha.







ini pula gambar bersama mereka yg tidak dirancang.
haha.
di depan lab sebelum kelas multimedia.
classmates~
love them.
<3


ohh yea.
dalam kelas multimedia ni, HILANG segala kepeningan aku terhadap Adobe Flash!
puas hati aku.
TQ MR.L!
you are the bomb.
:D










okayyy.
bila dh hari terakhir untuk kuliah, mesti lah juga hari terakhir untuk semester akhir KO BOMBA~
yg ni lg sedih.
aku sgt syg kt rakan2 bomba dan juga pelatih2 serta komander2 yg sentiasa menceriakan petang2 ku ini.
banyak kenangan manis sepanjang aku jadi student bomba untuk 3 semester semenjak aku part 1 lg.
aku x pernah rasa menyesal pilih ko bomba ni sewaktu pendaftaran dulu.
aku sgt sgt sgt suka!

gambar kt atas ni nama dia En. Bakarudin.
die serious best dan kelakar!
seronok dengar die bercerita.
selalu gelak sendiri.
haha.
kadang2 x lawan pn. tp die gelak sorang2.
baik orang nye.
sem lepas bg aku markah penuh untuk test kawad.
woowwaaahhh~
terima kasih En. Bakar.
terima kasih semua!
:DD






dan tadi juga, izzati belanja pizza hut!
tq dear <3
sempena birthday aku hari tuuuuu.
x sempat celebrate sama2 lg.
tq tawwww.
selain dari belanja makanan. dia juga hadiahkan ini:
she gave me a "star".
sgt comel~
mnde ni cm bantal yg lembut tuuuu.
boleh picit2.
tq atie~
i really appreciate it.
aku suka!
:D















OVERALL,
today was one of the best days ever.
tq so much to everyone.
i love each and every one of you who had coloured my life.
thank you.
:)

Sunday, September 4, 2011

4 September 1992 - 2011

pada hari ini, saya sudah berumur 19 tahun~
yeahh!
tua dh.
hahaha.
orang smakin tua smakin x suka, aku smakin suka.
:DD



terima kasih kepada semua yang wish birthday kt facebook.
-.-
bukannya aku x hargai.
cuma, smakin lama sentuhan kasih sayang dalam wish seseorang selamat hari jadi dan apa jualah wish smakin hilang.
kalau dulu, orang bg kad.
then bagi msg.
pastu skrg wish kt facebook jea.
aku rasa lebih seronok bila org bg kad buatan tgn sndri.
seriously.
:)








terima kasih banyak2 kepada:
IZZATI
BAZLEE
FAIZAH

kerana berikan msg birthday kepada saya.
tq so much!
:D




pape pn, terima kasih kepada semuaaaaaaaa~
walaupun tahun ni pnye celebration x semeriah tahun lepas, aku x rasa nk kesah sgt.
asalkan orang ingt aku.
itu yg penting.



so untuk tahun ni, dapat hadiah WALLET dari izzati!
waktu form 5 pn die wallet.
so skrg ni, tuka wallet baru dari dia juga.
hehe.
best!
cantik!













selain itu, dapat sebentuk cincin.
apa tujuannya?
"dia" cakap:
1. kn sunnah pakai cincin untuk lelaki (asalkan bukan silver/emas)
2. untuk mengingati zaman2 muda sebelum umur jadi 20 tahun

terima kasih yea abg ipar.
terima kasih~









overall, im happy!
:D

*tp x happy sgt sbb nk kena pulang semula ke segamat hari ni. wuu~

p/s: post pendek2 jea. nak cepat! life is getting hectic :)

Friday, September 2, 2011

Aku Suka Video ini


video ni sangat sangat kelakar!
hahaha.
aku suka channel ryan higa ni.
kalau korang ada channel youtube, subscribe taw!
die pegang record the 2nd highest most subscribed channel.
hebadd gila kn?
tgk la lg video2 die kt youtube
:D





































yg pasal entry luahan perasaan tu, aku malas nk sambung.
ringkas kn cerita, skrg dia selalu contact ngn llaki tuu.
walaupun mereka berdua sedang berteman dengan kekasih masing2.
pelik kn?
5 tahun berlalu, mereka mula untuk membina persahabatan semula.
dan tidak lebih dari itu.
hanya sebagai kawan.
and they have been best friends ever sinced.
:)


TAMAT

Luahan Isi Hati 1

ini bukan kisah cinta.
ini bukan kisah sedih.
cuma luahan perasaan dari isi hari yang pedih.

beberapa tahun yang lalu,
ada seorang perempuan ini, yang pernah hadir dalam kehidupan ku.
aku kenal dia semasa aku sedang bekerja.
yang kelakarnya, aku lah boss.
waktu itu, aku x perlukan ramai pekerja.
jadi, aku pilih 30 yang terbaik dari 40 lebih yang aku sedang ambil sebagai pekerja.
aku buat ujian demi ujian dan aku buang satu persatu.
dia rasa terpaksa dengan pekerjaan yang aku tawarkan itu.
jadi, dia dengan sengaja melakukan kesilapan agar aku lepaskan dia dari pekerjaannya.
tetapi, aku masih mahu dia berada dalam kumpulan pekerjaan.
aku mengambil keputusan untuk kekalkan dia dan pecat beberapa yang lain.
sehinggalah aku dapat ahli pekerja yang ideal iaitu hanya seramai 30 orang.

seperti biasa, setiap hari aku akan berasa semangat untuk datang bekerja dengan kehadiran dia.
sangat gembira melihat wajahnya dari jauh.
kadang-kadang, aku senyum malu tersipu melihat dia apabila kami bertentangan mata.
wajahnya tidak boleh ku huraikan melalui perkataan.
terlalu cantik di hati ini untuk ku ungkapkan.
dalam masa yang sama, aku tidak terpesong jauh dari objektif kerja.
aku masih tetap dengan pendirian untuk membawa pekerja ku ke arah kejayaan.
bersaing dengan syarikat yang lain.

pada suatu hari, aku ambil keputusan untuk berkenalan dengan dia.
alangkah indahnya dunia ini apbila aku mula berkomunikasi dengan orang yang aku sudah lama simpan perasaan yang semakin lama semkin membuak ini.
semuanya bagaikan ecrita dongeng.
suaranya begitu lembut, wajahnya sangat ayu dan lemah lembut pergerakan tubuhnya.
sampai satu tahap itu, aku berfikir "adakah dia yang akan menjadi teman hidupku?"
kerana bagi ku, dia cukup sempurna.

semakin hari, semakin rapat.
sehinggalah tiba satu masa, aku beranikan diri untuk katakan kepada dia,
"sudikah kamu menjadi pasangan saya?"
dia setuju :)

malangnya, dia bukan seperti yang ku sangkakan.
apabila kami sedang bersama. dia rapatkan dengan lelaki lain.
keluar sahaja aku dari bangunan syarikat, aku melihat dia bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
dia bersama aku, tetapi kenapa dia pula yang sibuk duduk di sebelah lelaki lain walhal ada sahaja permpuan lain yang boleh duduk sebelah lelaki itu?
aku perhatikan dia dari jauh.
semakin lama, semakin retak hati ku ini.
semakin lama, semakin banyak masalah yang timbul kerana dia.
kerana dia dan orang ketiga.

selepas 3 bulan kami bersama, beberapa hari sebelum tarikh lahirnya,
dia minta putus dari aku dengan alasan yang tidak boleh terima akal fikiran.
dia tinggalkan aku begitu sahaja.
tanpa sebrang berita selepas itu.
aku sedih.
setiap malam aku mengalirkan air mata membasahi bantal tidur ku.
dia tidak faham betapa aku sayangkan dia, betapa aku perlukan dia.
aku rasa seperti aku dipergunakan.
tidak dihargai, tidak disayangi.
dia meningglkan parut yang besar dan hodoh di hati ku ini.
tetap, dan tidak mungkin akan hilang kesan yang ditinggalkan oleh perempuan yang tidak mempunyai perasaan itu.

setahun kemudian, aku berikan dia satu khidmat pesanan ringkas, bertanyakan khabar.
di dalam hati ini, masih sayangkan dia walaupun dengan hati yang terluka.
beberapa minit kemudian, aku terima balasan dari dia.
tersenyum aku apabila melihat nama dia di skrin telefon bimbit ku.
selepas membaca isi balasannya, air mata ku mengalir.
dia memarahi aku kerana cuba untuk berkomunikasi semula dengan dia.
aku berasa sangat sedih dan bingung.
kenapa dia bertindak sedimikan?
aku tidak faham. dari situ, baru aku faham.
memang betul dia sebemarnya tidak sayang akan aku.
selama tiga bulan bersama, penuh dengan perasaan terpaksa.
putus harapan aku terhadap dia.
semua bahan berkaitan dengan dia, aku lontarkan sejauh jauhnya dari kehidupan ku ini.
aku tidak mahu rasa perasaan yang sama lagi.


TAMAT
nantikan sambungan kisah ini di entry yang seterusnya.
berdasarkan kisah yang benar.
ayat-ayat dan perkataan yang digunakan lebih kepada bahasa kiasan dan sebahagiannya digantikan dengan perkataan yang lain.
minta maaf sekiranya cerita ini ada mengguriskan perasaan mana-mana pihak.
tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa, cuma ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku.
Assalamu'alaikum.

Selamat Hari Raya!


cara ucapan yang terbaik adalah melalui video berbanding hanya tulisan di skrin komputer.
:))