Tuesday, July 31, 2012

#RejectedOlympicEvents



BETUL TAK?
hohoho.
bila dah takde keje sangat enn.
*alhamdulillah settle hari puasa yang ke 11


FOLLOW ME ON TWITTER !
:D








mari layan Dj yang agak femes seluruh dunia : Dj Tiesto

Sedikit Teguran

TAK FAHAM - TERANGKAN
BUKAN DIKETAWAKAN

TAK BETUL -NASIHATKAN
BUKAN DIUMPATKAN

TAK TAHU - TUNJUKKAN
BUKAN DIMARAHKAN

TAK JELAS - JELASKAN
BUKAN DIRUMITKAN

TAK MAMPU - USAHAKAN
BUKAN DIMANJAKAN












 harap dapat sedarkan diri kita untuk berkata kata dengan perkara yang baik.
bantu bagi yang memerlukan pertolongan.
kita hidup bersama.
bukan hidup berpuak puak.
1MALAYSIA!
:P

Monday, July 30, 2012

Blackout Again and Again

PENAT MELAYAN BLACKOUT di UiTM SEGAMAT NI LAAAHHHH.


seperti yang anda dapat lihat di atas, satu UiTM Segamat blackout.
lagi lagi lagi dan lagi.
baru je berlaku tadi.
selama 2 jam.
erghh.
-.-

dah la time tu sedang buat kerja.
tak save oke.
sekarang rasa sangat malas nak buat!
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.















nasib baik bawak torchlight.
senang nak menyuluh apa yang patut.
terima kasih kalcubemaster sbb buat video persediaan masuk universiti yang sangat berguna~
:3










gambar di atas merupakan gambar di alam yang lain.
hohoho.
dalam blackout tu, menyempat ambik gmbr instax dengan budak budak wing.
;D

Beautiful Camera Straps !




cantik kan?
cantik gila!
Nama Kedai : Sassy Strap

banyak lagi design design yang hebat hebat.
wuuu~
suka gila tengok.
beli kan laaaa untuk sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
heee.

gambar kt atas ni antara design yang aku nak.
nak nak nak nak!
hoho.

Sakit Perut

 
HARI INI
saya sakit perut seharian.
sampai sekarang masih terasa.
sedih. pedih.

semua salah roomate punya daging untuk sahur tadi.
satu bilik aku sakit perut termasuk org dari bilik lain yang rasa daging masakan dia.
-.-



TERIMA KASIH LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.
*ada orang kata period pain macam tu la sakit dia. hmm? mungkin. aku tak tahu. sbb aku xde uterus.

Kenangan Raya 2011

alang alang dah nak raya ni kan.
nak kongsi sikit kenangan yang ada untuk raya tahun yang lepas.
seronok!
*tapi tak banyak gambar raya sbb lens rosak sebelum balik kampung. sedih








video video di atas ni merupakan kenangan yang ada.
raya tahun ni?
insyaAllah lagi seronok dari tahun lepas.
:D

Sunday, July 29, 2012

C++ AGAIN !



ohhh. buat pengetahuan, C++ tu bukan gred subjek aku ke apa.
tapi one of the programming compilers / language / whatever.

programming ni belajar masa part 1.
alhamdulillah boleh survive.
dalam kelas dapat 2nd highest untuk carry mark woo :3
itu cerita DULU laa.
sekarang bila aku tengok balik final projek yang aku buat, macam tak percaya aku yang buat.
heee.

kenapa nak kena bukak balik C++ ni?
haaaaaaaa~
sebab nak kena buat individual assingment untuk subjek PARADIGM PROGRAMMING.
kena hantar rabu ni.
ntah la sempat siap ke tak.
dengan dah tak ingat macam mana nak buat apa bagai.
kena revise balik satu per satuuuuuuuuuu.
lepas settle ngn C++, kena convert projek yang sama, ke language PASCAL.
lepas siap, buat report, then baru boleh hantar.
erghhhh.
tensionnn.
tp xpeeee. buat satu satu.
nasib baik ada Mr naim yg boleh tolong tengok tengok kan.
yeay!
:D

Ibu Bapa Saya Izinkan Kahwin Awal ?

JENG JENG JENG
respon anda selepas baca tajuk di atas?
huihui.





Ceritanya:
TARIKH: 28.07.12

selepas makan makanan yang sedap sedap yang dimasak oleh ibu tersayang~
aku tiba tiba rasa nak tanya semula tentang perkahwinan.
sebab sebelum ni mak ayah aku cm, nak kawin? ohh no way gatal.

aku sebut "mak ayah~"
intonasi cam nak bertanya la.
then ayah aku jawab "apa?"
dalam masa yang sama, mak aku jawab "nak kawin?"
aku dah tergelak gelak. hahaha.
"macam mana mak tau ni? ;D"

"haikal nak mintak pendapat je. apa pendapat mak ayah tentang perkahwinan selepas diploma?"

mak ayah aku ada cakap macam macam.
tapi antara isi isinya
- kalau nak kawin ni, ada banyak tanggungjawab, jaga anak, jaga isteri, nafkah keluarga
- kena ada keewangan yang kukuh: suami dan juga isteri

tiba tiba ayah kata
"kalau haikal nak kawin, ayah tak kisah. mak ayah redha. TAPI, kena ada pendapatan dahulu / kerja tetap"
bila dengar ayah aku cakap begitu, aku dah senyum sampai ke telinga. 
HAHA.
mak ayah ni biar betoool.

then ayah aku sambung, kalau haikal kawin nanti senang sikit. ada la orang yang boleh tolong mak kt rumah ni.
mak aku puleee, "yeayyyyy. haikal pulak jaga mak ayah. duk kt rumah ngn mak ayah je la. senang. mak ayah dah penat dah tua"

aku >> "awwwwwww. dah ada restu la ni?"
*dalam hati dalam masa yang sama senyum malu. hoho











then sebelum balik ke kampus tadi, keluar dengan mak, ayah and adik ke Amcorp Mall, Petaling Jaya.
dah lama tak singgah sini masa hujung minggu.
dulu sebelum pindah putrajaya, selalu juga ke sini.
hampir setiap hari ahad.
ayah suka sangat tgk barang barang antik kt flea market yang diadakan setiap hujung minggu kt sana.

kt sana, berpecah laaaaa ikut haluan masing masing.
aku nak cepat beli barang lagi untuk dibawa balik ke kampus, jadinya aku jalan sorang ke sana sini.
banyak barang yang menarik. tapi takde perasaan nak beli apa apa.

tiba tiba ternampak kedai popular. aku pun masuk, tengok tengok apa yang ada, terlihat sebuah buku yang menarik:




yes. you can guessed it.
aku beli buku ni!
yeaayyyyyyy~
:P

antara isi kandungan, buku ni share cara yang senang nak kumpul duit untuk perbelanjaan perkahwinan.
selain tu, ada senarai semak 'luar biasa' untuk pengantin lelaki dan perempuan.
ada macam macam macam macam lagi perkara yang dikongsikan.
seronok buku ni.
ada la perkara yang aku tak tau, jadi tahuu.
great tips!

saranan?
beli la buku ni. RM25 je pon.
berbaloi la dengan ilmu yang ada dalam buku ni.
a very great book for couples.
;)


















awak, mak ayah saya dah bagi green light.
saya akan berusaha sehabis mungkin untuk ikatan yang sah.
dari segi keewangan, ilmu dunia dan juga ilmu akhirat untuk bimbing kamu dan anak anak nanti.
insyaAllah.
:)

Saturday, July 28, 2012

Vintage NIKON Camera


nak kamera ni !
:'(

baru je di offer kt page LOMO-CREWZ sebentar tadi.
aku terus tanya harga apa semua.
RM300 for body only.
untuk lens, boleh guna any NIKON f mount.
*its a film camera

disebabkan aku tak cukup duit nak beli, terlepas lah peluang begitu sahaja.
tapi, aku nak sangat.
NIKON vintage cameras.
sedih.
sangat sedih.

Parking LIKE A BOSS

 Lokasi: UiTM Johor Cawangan Segamat

nampak KELISA kt tengah alam tu?
yes. itu adalah kereta aku buat pengetahuan umum.

kenapa boleh jadi macam ni?
sebab parking dah takdeeee.
FULL!

cara dia buat parking pulee cm apa je nth.
jadinya, aku buat keputusan untuk mulakan parking sendiri.
huihui.

Video Editing Workshop by Me !


Video Editing Workshop Jun 2012






bengkel ini akan disampaikan oleh saya sendiri.
untuk sem ni punya, mungkin agak penat nak explain apa bagai.
puasa kan.
tapi takpeeeeee. untuk membantu kena ikhlas.
:)

gambar gambar Video Editing Workshop November 2011:





ramaikan?
huhuu.
yang sem lepas punya ni, buat pertama kali mengajar orang yang begitu ramai sekali.
sorry guys kalau tak boleh nk fokus pada sorang sorang.
deal la buat personal class.
insyaAllah boleh tolong.

harapan untuk bengkel sem ni?
insyaAllah akan berjalan dengan lancar.
amin~

Friday, July 27, 2012

Lots Of Shi*s To Do



yeaappp.
this is my current mood.
tapi nk buat macam maca lagi.
kena juga mulakan walaupun sikit sikit.

fokus pada satu satu perkara.
jangan fikir semua dalam satu masa yang sama.
insyAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.
nak taknak sahaja.
:)

Thursday, July 26, 2012

Photography Clothing !



PHOTO CLOTHING will come up with new shirt design !
NO PHOTOGRAPHY | WHO CARES?

will be released this August.
:D









maksud tiga bintang yang ada pada design ni?
3 bintang dengan bintang 5 penjuru juga bermaksud "Pentagram"





 explanation in English:
the Pentagram was the sign of "story-tellers", the five points a powerful symbol of protection and balance, shown here in its elemental form with the fifth element of Spirit taking its proper place above the four manifest elements. This pentagram incorporates the oriental yin-yang symbol to emphasize its harmonizing nature.

photographers juga dikenali sebagai tukang cerita kerana menceritakan pelbagai perkara dalam sesebuah gambar.
sebab itu 3 bintang : sign of story tellers.




konklusi:
kalau orang tanya, aku boleh jawab. hee. 3 bintang tak semestinya membawa maksud komunis.

Kenangan MDS Jun 2012




dah pernah jadi PM 4 kali.
MDS semester ini yang paling banyak meninggalkan kenangan.
THE BEST MDS EVER!
*gambar tengah bersama peminat no 1 kalcubemaster.
ehem. jgn jeles tawww awak.
:P


video MDS UiTM Johor yang paling awesome semester ni!
:D

Kawan Yang Suka Merepek



bila baca quote ni, aku teringat diri aku dengan dia,
teringat diri aku dengan kawan kawan.
teringat kt member aku yang sorang ni yang memang selalu gila merepek.
kalah aku.
:P

cc: Mariam


tapi, tetap bergelak ketawa bersama.
itu lah namanya kawan.
:)

STAR WARS Notepad + Stickers + Tattoo





wuu~
seronok sangat!
hee.
buat pengetahuan, aku adalah peminat star wars semenjak Darjah 1
saaaaaaaaaaampai sekarang.
kalau nampak baju or stuff yg ada kaitan dengan star wars, aku akan beli (kalau ada duit).

hari tu pergi ke billion dengan niat nak beli makanan untuk bersahur.
tiba tiba ternampak puleee Cocoa Frosties yang kelihatan sangat sedap.
dan...................


*buat pengetahuan, aku dah taip bukan main lebar panjang. tiba tiba satu uitm segamat ni blackout. so aku malas nak taip balik -.-
UiTM DiHATIKU
erghhh








apa apa punnnn.
Darth Maul adalah villain yang aku rasa paling awesome dalam movie Star Wars!


High Quality Varsity FOR SALE


RM95
Blue | Free Size | High Quality Cotton
013 273 2623 | Haikal
please do call or sms me if you are interested.
thank you!
:D

Wednesday, July 25, 2012

Berbuka Puasa | Classmates





semalam punya cerita.
tapi baru hari ni sempat update.
sebab kamera ada orang lain pegang dulu~

menu berbuka saya:
nasi goreng pataya
air laici ais

lokasi: Restaurant Juara Ikan Bakar, Bandar Segamat.
good times. great memories.
:)

Logo Merdeka Ke-55 Tahun 2012 | Punca Sebenar?


okayyyyyyyyyyy~
1st sekali nak cakap, budak sekolah boleh design lagi hebat dari design yang ada ni.
malas nak cakap apa.
taknak kritik lebih lebih.


sumber yang aku dapat dari Oh!Tidak yang menceritkan hal sebenar:

sejauh mana kebenarannya?
hanya Allah yang tahu.



so, apa pendapat korang?
kelakar kan?
huihui.
lebihnya semangat politik dari semangat patriotik.
sejujurnya, aku suka apa yang kerajaan buat selama ni.
tapi, bila dah cmni, rasanya akan lagi banyak undian yang mereka akan hilang.
kalau nak tukar logo, sempat lagi ni.




















KUKU BESI sudah pun buat alternatif tentang logo ini.
antaranya, buat pertandingan nak tengok hasil hasil designers yang ada kt malaysia ni.
dengan harapan ADA yang melihat.


you know what?
LOTS OF BEAUTIFUL GRAPHICS have been created.
boleh tengok design design yang ada DI SINI.
good job KB!





orang berpengaruh lain yang cuba membetulkan keadaan adalah
Malaysian wedding photographer, Saiful Nang .
"Dear Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, please reconsider the decision to use the current merdeka logo and revoke into a much better one. MANY of us willing to give the logo for the Merdeka even if you don't pay a single cent rather than continuing using the current one. Most of us were shouting, screaming, crying and embarrass since yesterday about the decision to use the merdeka logo

SN
"
 siap tag lagi facebook PM.
tak tahu la dia baca ataupun tidak.














konklusi:
aku rasa logo ni dibuat dengan agak kelam kabut.
orang yang approve design ni pun mesti orang lama yang tiada pandangan tentang seni rekaan.
korang pon boleh nilai sendiri kan design yang di atas sekali tu?
apa apa pun, harap logo akan berubah sebelum tarikh kemerdekaan kita pada tahun ini.
insyaAllah.

Exploding Polaroid Camera!

awesomeness!


RESOURCE:

Mansuhan Bazar UiTM Segamat

as salam semua~
mungkin ramai yang tertanya tanya dan nak sangat tahuuuuuuu.
selepas berjumpa dengan pihak pengurusan, baru aku faham and tahu situasi sebenar.



pada 27 Julai 2012, twitter aku di update sebegini rupa:

agak ramai yang RT sebab mereka pun geram rasanya.
mana taknyaaaa. bazaar takde.
makanan kalau nak beli, terpaksa beratur panjang.
ada lagi la banyak halnya yang lain.






beberapa minit kemudian, update status ini di facebook:
(latest print screen)

seperti yang anda dapat lihat, BANYAK maklumbalas dari pelajar pelajar yang lain.
itu antara aduan dan rasa tidak puas hari mereka berkenaan perkara ini.


kemudian, bila status tu dh jadi panjang lebar,
aku tag HEP UiTM Johor ngn MPP UiTM Johor punya facebook.
aku yakin orang HEP akan baca.

keesokan harinya selepas kelas, pergilah aku ke HEP dengan harapan untuk dapatkan penjelasan.
























Explaination
(PENCERITAAN SEMULA) 
Sebelum ni, kita ada masalah dengan penyewa gerai pasar setiap hari selasa.
ada di antara mereka yang tidak ikut peraturan yang sepatutnya.
contoh, mereka masak disitu apa semua, then buang sampah, minyak dan bermacam lagi di longkang yang ada kt belakang tu.
perkara ini menyebabkan berlakunya "kerosakan" aliran air dan sebagainya.
kerosakan ini pula, menyebabkan tanggungan kos yang tinggi untuk proses maintenance.
bahu yang berat memikul pula adalah jurutera UiTM Johor sendiri.


selepas pihak pengurusan berbincang dalam bulan 4 hari tu.
mereka buat keputusan untuk tidak buat bazar di luar itu lagi.
tapi pasar setiap selasa, masih akan berjalan seperti biasa.
sebabnya, kalau setiap selasa pun dah ada masalah, apatah lagi kalau hari hari mereka ada disitu.
perkara ini sebenarnya berlaku setiap tahun.
lagi lagi sewaktu bulan puasa dimana bazar dibuka untuk para pelajar.


disebabkan oleh beberapa peniaga, bazar di mansuhkan.
TETAPI,
NR-CAFE diberikan so-called "kuasa" untuk sewakan tapak pada peniaga luar, untuk berniaga di dalam.
(depan PI)
jadinya, Pihak Pengurusan dan lepaskan perkara ini pada NR-CAFE.
bukan lagi bawah PP.
masalahnya sekarang, NR-CAFE ni punya harga sewa, mahal.
yang menyebabkan orang luar rasa tak puas hati.
kerana kadar sewa yang lebih tinggi dari yang di offer oleh pihak pentadbiran sebelum ni untuk berniaga.
jadi rasanya, lebih baik mereka berniaga di luar yang memang akan dapat lebih banyak keuntungan.


jadinyaaa.
sekarang ni, alternatif sedang dibincang dan cuba untuk dilaksanakan.
apa yang mereka akan buat?
tak tahu.
lebih banyak keburukan dari kebaikan kalau buka bazar?
cuba nilai sendiri.
Kebajikan Pelajar harus diutamakan.
bukan nak masuk duit poket satu belah pihak sahaja.

sekian.
 *yes. akulah penyampai suara mahasiswa. cewaahhh. haha. xdela.

Tuesday, July 24, 2012

INSTANT Memories


-gambar diambil menggunakan kamera Fujifilm Instax Wide-
PELAJAR UiTM SEGAMAT
*baru snap tadi
 
servis disediakan oleh kalcubemaster (Saya)
bagi sesiapa lagi diluar sana yang berminat untuk servis ini:
013 273 2623
thank you!
:D

kalau sekeping sekeping :  RM5
kalau dipanggil untuk events ambil polaroid, harga dia lain skit.

Emotional Day

as salam semua.
tak tahu kenapa.
dari pagi tadi agak emosi.
dengan tengok wrestling ending cm ape nyeee.
urrgghhhhhh.............................
khamis quiz MAT233
jumaat pagi quiz CSC305
jumaat petang Test 1 QMT337
:'|

tapikan. kalau banyak sangat benda nak kena fikir,
lebih baik mula sikit sikit daripada tak buat apa langsung.
you can do it haikal!
:D

i still have faith in you Allah
:)




ni ending yang buat aku sangat frustrated hari ni.
memang aku jiwa wrestling.
dari kecik. nak buat cmne. haihh~
*tapi aku baik tak pukul orang taww. hoho.

Video Tips Kejut Bangun Sahur | Finished !




tak tahu kenapa.
tapi agak tak puas hati dengan hasil.
apa apa punnn~
semoga dapat membantu.
;)

Monday, July 23, 2012

Dealing Baju MDS



meet MR IZZAT.
orang yang bertanggungjawab buat printing baju MDS untuk sesi Jun 2012.
sudah pun deal, bayar dan sebagainya.
tinggal nak dapat, buat kiraan baju, and distribute!

dijangkakan siap sebelum cuti raya
yeay!




design baju MDS Jun 2012:


Video Tips Kejut Bangun Sahur | Coming Soon!



jeng jeng jeng.
dalam proses lakonan~
:)





VIDEO EDITING SEDANG BERLANGSUNG:

Backdrop Majlis Perasmian MSD Jun 2012



dah lama da punnn.
sje nak share.
:)

*designed by me

Umur 14 Tahun Dah Jadi Isteri orang



Tahun Perkahwinan: 2012
waaahhh~
hebat hebat.
Semoga berbahagia
:D

*rugi sangat sebab tak tengok lagi universiti punya kuntuman bunga
;)

Only in UiTM Segamat


TIDAK ADA BAZAR
terima kasih la
-.-

*since July 2012 session

Kedai Tudung Online yang awesome!





Nama Kedai: Radiusite
apa first impression korang kalau tengok kedai jual tudung online macam ni?
mesti rasa "osem gila gambar!"
*kemudian tertarik untuk beli

ini namanya marketing strategy people.
tak rugi kalau nk spend duit skit untuk hire photographer yang ada background untuk ambik gambar produk tudung apa semua.
untuk model, minta tolong je laaa kawan kawan korang yang cantik molek.
hasilnya, korang boleh nampak sendiri nanti.
nasihat ikhlas saya kepada semua yang baru menceburi bidang bisnes online.
:)


saya juga ambil gambar produk dan merupakan photographer bertauliah
portfolio : Kalcubemaster Gallery
013 273 2623
call taw!
hee :3
*maksud sebenar entry ni

Video Untuk Bakal Juniors

(the real scene masa tengah membebel)
-sorry. bilik ni agak bersepah. lebih selesa hidup di bilik kt kolej. hoho-





Kegigihan.
yes. itu sahajalah yang boleh digambarkan dalam menyiapkan video ini.

ceritanya:
dua minggu sebelum tibanya masa untuk pulang ke kampus UiTM Johor cawangan Segamat,
aku ada update status di facebook
"Persediaan Minggu Orientasi" - coming soon! :D

semangat tu dah ada.
draft cerita dah ada.
bayangan segala bendanye laaaaa pun dah ada.
cuma waktu minggu-minggu terakhir, agak sibuk dengan kehidupan dan pekerjaan.
lots of things to be done!
nak kena ke sana sini.
video editings + workshops + wedding photos editing
and another thing, aku buat video ni sorang sorang.
takde orang yang aku boleh mintak tolong.
adik sendiri pun sibuk dengan kerja sekolah apa lagi.
pernah terlintas dalam kepala ni "tak sempat buat ni. tak payah la kot"

bila cuti nak habis,
bila difikirkan balik, aku dah cakap dengan orang yang aku akan buat video ni.
semangat tu datang balik untuk buat jugak video ni walaupun sesibuk mana.
untuk adik adik uitm.
cewwaaahhhh~
hoho
 











tibanya hari SEHARI SEBELUM pulang ke kampus,
27 Mei 2012
10AM
beli barang kolej di alamanda.

2PM
makan tengahari + online facebook

5PM
mulakan shooting!
pertama sekali buat scene yang nak ambik surat.
scene itu sahaja dah ambik masa lebih kurang 15 minit.
asyik tak jadi je kan.
kemudian, shooting di dalam bilik (seperti gambar di atas)
shooting ini yang paling susahhh. ahaha. siap kena ada lighting.
kalau tak, memang nampak apa je. kulit aku bukan cerah seperti kamu semua.
:P

banyak bloopers sebenarnya.
sampai aku rasa boleh buat satu video bloopers untuk video ni.
tapi disebabkan kebanyakan dari bloopers tu muka aku cm ntah pape, so cancel.
;)

7PM
berhenti buat sementara.
masa ni, hanya 40% dari rakaman dilakukan.

8PM
sambung shooting sampai habis!

10PM
shooting dah settle. sebelum edit,
(proses yang agak menjengkelkan sebab makan masa)
CONVERT VIDEO PUNYA FORMAT
*.mov >>> *.avi

sebab apa?
sebab vegas pro (software yang aku guna) tak boleh terima format *.mov kalau nak edit.
jadinya, kena convert dulu.

11.30PM
editing time~

3AM
video dah siap edit dan render!
bila dah habis render (a.k.a save) , aku pun buka youtube acc kalcubemaster untuk diupload.
bila nak upload, tengok timing kena tunggu lagi 1jam 10 minit.
dengan rasa gigihnya aku nak tunggu jugak sebab lepas habis upload, nak terus share di fb.

lalu, buka lah tv tgk cite kartun apa yang ada bagi tak mengantuk la kan.
silapnya, tengok sambil baring kt sofa.
konklusi: tertidur -.-

tiba-tiba terjaga jam 8AM.
terus melompat dari atas sofa, then terus share kt fb dengan mata yang rabak baru bangun tidur.
huihui.





inilah cerita disebalik video ini~
siap dalam masa sehari.
agak memenatkan, but worth it.
alhamdulillah.
:)

*setiap hari masa kt kampus aku keep track dah berapa banyak views and comments.
terima kasih banyak banyak kepada semua yang sudi menonton video yang tak seberapa ni.
harap dapat membantu mahasiswa baru UiTM .
:)

"Persediaan Minggu Orientasi UiTM Bahagian 2"
mungkin?
hee.

Malam Terakhir :')


Giving speech as the President Of PHOCUS .
great memories.

Addicted Song 1

I hope you felt the same way as i do :)

Model Baju



ada masa depan tak?
huihui.

*baju ini memang untuk dijuaaaaal
DETAILS ADA PADA GAMBAR
kalau berminat: 013 273 2623
thank you!

TWITTER

as salam semua :)
bila dah lama sangat tak update, rasa jeles puleeeee tgk blog orang yang duk update tiap tiap hari.
nk aktif balik boleh x?
heee.

minta maaf sangat sbb tak update apa apa.
more active on twitter right now.
do follow me !
https://twitter.com/kalcubemaster

dalam masa tak update pape ni, memang bermacam sangat perkara yang tidak diceritakan~
maksudnya, macam macam sangat perkara yang berlaku dalam hidup ni.
cuma tidak dicatatkan.
*rasa cm menyesal pun ada
:(



apa apa pun~
SELAMAT BERPUASA !
insyaAllah akan update blog ni frequently semula.
:D

Saturday, July 21, 2012

1st Day Puasa | Bazar




untuk hari pertama puasa, saya, naim, pisang dan junior bilik pisang - meor
keluar ke bandar dan singgah bazar di sana~
(bandar segamat)
maklumlaaahhhh. 1st day puasa kt kampus jea.
85% student uitm segamat balik rumah.

seronok la bazar kt situ.
macam macam ada.
tapi cm lagi banyak kedai jual air dari kedai jual makanan.
hoho.
xpelah. minum air banyak banyak pun kenyang kan~
*lah sangat

balik dengan:
1. air jagung
2. nasi kerabu